Monday, November 2, 2009

Selamat Harilahir Sayang.....



Bunga Ros khas buat mu sayangku dari kejauhan ini.....

Selamat harilahir sayang.....maaf mama terkekang untuk berada di sisi untuk menyambut harilahir sayang tahun ini. Semoga dengan kehadiran hari ini semakin memberi cahaya kegembiraan buat abang.....Love u sayang....

Perhubungan yang bermula pada 3 November 1989 dulu hari ini telah mencapai 20 tahun. Terasa begitu pantas masa berlalu....banyak perkara yang kami lalui sepanjang tempoh itu. Hanya dengan anugerah kasih sayang yang tidak bertepi dari DIA yang Maha Esa ikatan itu masih kekal utuh hingga ke saat ini. Tiada apa yang dapat ku janji pada mu sayang.....cuma doa agar cinta kasih sayang yang tersemi antara kita mampu kekal selagi hayat dikandung badan dan kita dapat membesarkan 5 putera yang diamanahkan oleh Allah swt kepada kita sesempurna mungkin.

Sunday, November 1, 2009

Baru dan lama....satu ikatan....



New born member of family



Ahli lama yang sedia ada dengan ayahnya



Mak n ayah....


Tanggal 26 Oktober begitu bermakna dalam perkahwinan kami dan juga sistem kekeluargaanku, dua perkara besar yang berlaku pada tarikh ini.....kelahiran dan kematian. Tepat pukul 10.30 mak saudaraku telah pergi menyahut panggilan ilahi, manakala petang itu tepat pukul 5 aku melahirkan seorang putera seberat 2.7kg. Itulah putaran kehidupan....bila kala satu jasad pergi mengadap ilahi satu ruh diturunkan ke bumi untuk menggantikannya....

Semoga makwo dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang2 yang beriman....

Saturday, October 24, 2009

Harinya sudah tiba....

Akhirnya selepas menunggu 38 minggu, esok aku akan dimasukkan ubat untuk membolehkan aku bersalin....bersalin terpaksa. Mujurlah ini ialah kali terakhir aku harus melalui saat seperti itu kerana lepas ini tiada lagi pengeluaran cuma tinggal maintain service jer...he he he. Nie tengah tunggu hubbyku balik dari kelasnya....rasa janggal pula kali ini aku dah tahu bila aku akan bersalin. Anyway harap semuanya dipermudahkan untukku.

Anak2ku juga tidak sabar untuk menanti hari esok di mana insyaAllah dengan izin Allah bilangan ahli keluarga kami akan bertambah. Bertambahlah juga tanggungjawab aku dan suamiku. Tapi kami redha dengan amanah yang dikurniakan oleh Allah buat kami. Bukan semua seberuntung kami. Ramai yang ingin memiliki tapi tidak dikurniakan. Mungkin dari sinilah timbul perkataan dikurniakan....sesuatu yang bukan boleh kita minta sewenang-wenangnya.

Ya Allah....padaMu aku berserah. Hidup dan matiku adalah keranaMU...janganlah kau jadikan aku insan yang merugi.....amiiinnnnn.

Monday, October 19, 2009

Blog yang bersawang...

Lama betul aku tak menulis di sini....leka dengan fb, berladang secara virtual...he he he. Aku dah mula bercuti seminggu. Semalam pergi ambil MC di klinik keluarga kami, free of charge. Nasib baik pergi masa klinik dah tutup sebelah pintu, kalau tak panjang lebar aku kena dengar ceramah Dr Nik. Alahai tak menahan telinga. Masa berlalu semakin pantas, tak terasa perutku yang semakin membesar. Terasa baru semalam aku disahkan mengandung. Ramai yang mendoakan agar kandunganku kali ini adalah seorang putri, malangnya ikut keputusan scan aku tempohari maasih lagi bujang teruna yang bakal melihat dunia ini. Anyway sayang....mama tak kisah baby boy or baby girl. Janji baby yang mama lahirkan sihat dan cukup sifatnya....itu yang paling penting dan utama. Mama tetap sayang awak sama macam mama sayang abang2 yang lain. Semoga minggu depan lebih bererti kepada kami sekeluarga....

Tuesday, September 22, 2009

Dari seorang sahabat (2)

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu... Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...