Saturday, October 24, 2009

Harinya sudah tiba....

Akhirnya selepas menunggu 38 minggu, esok aku akan dimasukkan ubat untuk membolehkan aku bersalin....bersalin terpaksa. Mujurlah ini ialah kali terakhir aku harus melalui saat seperti itu kerana lepas ini tiada lagi pengeluaran cuma tinggal maintain service jer...he he he. Nie tengah tunggu hubbyku balik dari kelasnya....rasa janggal pula kali ini aku dah tahu bila aku akan bersalin. Anyway harap semuanya dipermudahkan untukku.

Anak2ku juga tidak sabar untuk menanti hari esok di mana insyaAllah dengan izin Allah bilangan ahli keluarga kami akan bertambah. Bertambahlah juga tanggungjawab aku dan suamiku. Tapi kami redha dengan amanah yang dikurniakan oleh Allah buat kami. Bukan semua seberuntung kami. Ramai yang ingin memiliki tapi tidak dikurniakan. Mungkin dari sinilah timbul perkataan dikurniakan....sesuatu yang bukan boleh kita minta sewenang-wenangnya.

Ya Allah....padaMu aku berserah. Hidup dan matiku adalah keranaMU...janganlah kau jadikan aku insan yang merugi.....amiiinnnnn.

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...