Monday, January 12, 2009

Jika suatu ketika nanti.....

Tadi balik dari rumah MILku, kami anak beranak berbual santai. Topik yang jadi perbicaraan kami antaranya peperangan di Palestin.....rupanya peka juga anak2ku. Sekarang roti Gardenia yang menjadi kegemaran mereka dulu telah ditukar kepada produk tempatan, si Korie siap tengok lagi siapa yang mengilangkan roti itu. Biasalah anak aku yang sorang tu terlebih prihatin.
Topik kedua yang jadi perbincangan banyak berkisar tentang nenek saudaraku, actually nenek sebelah hubby. Hari ini bila aku melawat dia, dia sedang terbaring dengan kepala diikat dengan kain. Ku raba dahinya....panas. Nie mesti demam makan hati dek cucu sulongnya yang sorang tu, semalam dia siap tebang orang tua tu punya pokok belimbing kesayangan....apalah nak jadi dengan dia. Langsung berlarut dengan ceritaku tentang hari tua....dan impianku. Aku bilang ngan anak2 bila aku tua nanti aku nak join rumah orang2 tua, menjerit anak2ku marahkan aku. Mereka siap cakap....mak bukannya takde anak, nape sampai nak duduk rumah orang2 tua. Aku pun jelaskan...bukankah senang aku duduk rumah orang tua2, aku ada rakan2 yang sebaya, aku senang nak beramal ibadah, aku boleh berbual kosong dengan orang sama jiwanya ngan aku....or aku tetap merempit ngan kekawan ku kat DCCK dengan peralatan yang lebih canggih. Bila anak2ku rindu kat aku mereka boleh datang jengok aku, atau aku datang rumah mereka semalam dua. Apa yang penting aku bebas untuk bergerak ke mana sahaja. Aku mungkin jadi nenek rugged bawa kereta dua pintu. Cukup duit jer aku keluar gi umrah dengan kawan2 seangkatan. Bukankah dunia ini terlalu indah untuk disia2kan.
Anakku korie yang paling menentang keras, dia siap kata nak suruh isterinya tak payah kerja jaga aku....aku gelakkan, aku kata macamlah mak ni dah terbaring atas katil nak jaga sampai macam tu. Aku bangga dengan anak2ku....pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga kami, anak2ku dengan penuh sedar mengharunginya bersamaku. Bukankah itu nikmat terbesar ALLAH swt kurniakan kepada aku sebagai ibu mereka. Bila mereka tetap membantah impianku, dari yang sulong sampailah yang ketiga....yang keempat si comel Azim masih terlalu kecil untuk mengerti....aku jelaskan...kalau aku duduk rumah orang tua pun, rumah orang tua tu paling kurang pun mesti lebih kurang taraf 4 bintang, aku ada bilik sendiri, pc sendiri dan segala kemudahan peribadi sendiri. Kalaulah masa tu rumah orang tua impianku belum terbina, akulah yang bakal menjadi pengasasnya.....wah! jauhnya impian.....bukan jauh manapun kan, pejam celik pejam celik kejap jer masa berjalan....tengok2 dan tahu2 jer benda dah sampai depan mata.

Saturday, January 10, 2009

Satu ketika dulu......

Kad yang tertulis bait2 kata ini aku terima sekitar tahun 1994.....fuh! sudah 15 tahun berlalu sekejap jer kan. Selagi kata2 pada kad itu masih tersimpan rapi....selagi itulah aku mungkin akan terus bertahan di sisi.....kenangan manis memang indah dikenang buat pengubat di kala duka...

LOVE IS WONDERFUL
There is so much about you to love
I love you for being a
wonderful person with so much fun to share....
I love you for being a special friend
who shares such warmth and care....
I love you for your strength
for knowing what you want out of life
and working towards it.
I love you for your ability
to find solutions
when all I can see is the problem,
to show me somethings
aren't worth worrying about.
I love you for being everything
that means the most to me....

Thursday, January 8, 2009

Mutiara kata


seseorang yang mencintai kamu... akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu... akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi... dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri... kerana.. setiap manusia selalu akan berusaha untuk memperbaiki dan melakukan perubahan dalam hidupnya... dan perubahan meski banyak diperlukan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan... dan semua itu terlalu sukar untuk diluahkan tetapi dapat digambarkan melalui lukisan hati... kerana kata hati itu selalu benar

Something 4 You Love...


Just 4 u ....


aku tak tahu sama ada tulisan ini akan dibaca oleh suamiku yang tersayang atau tidak....but I just want to tell u...i do care....


Tentang hijrah....

Hijrah boleh membawa seribu definisi....semua bergantung pada individu yang mengucapkannya. Bagiku hijrah itu ialah aku berubah atau berganjak dari satu stage yang kurang baik kepada satu stage yang lebih baik. Aku yang setahun dulu dalam keadaan yang serba tak kena so untuk tahun ini aku berharap semuanya akan menjadi lebih smooth dan aku terus mendapat kasih sayang dari NYA sebagaimana aku belajar mengasihi semua orang disekelilingku keranaNYA. Kadangkala sukar untuk menganjakkan pradigma itu. Sukar untuk sentiasa berbaik sangka...kekadang tersangka buruk gak, cuma aku cuba membataskan tempoh masa untuk bersangka buruk itu sesingkat yang mungkin. Bukan apa setiap detik semasa kita bersangka buruk itu merupakan detik2 yang begitu menyakitkan. So dengan memendekkan tempoh masa bersangka buruk juga membawa makna aku memendekkan rasa sakit yang menyelubungi hatiku....parah wooo. Detik2 semasa dalam kesakitan begitu lambat berjalan berbanding ketika berada dalam detik2 gembira. Untuk itu dari pesanan penaja....sentiasalah bersangka baik.....bersangka baik membuat hidup lebih bermakna.

Wednesday, January 7, 2009

Here i come....

Tahun ni havoc betul, awal tahun lagi aku dah kena mark ngan GB...alahai nasib. Agaknya aku dan sorang lagi kawan aku sentiasa ada dalam minda GB aku nie baik dalam jaga mahupun tidurnya....he he he...semalam masa meeting sikit punya kelakar. Aku minta abang Rasyid punchkan Rancangan Tahunan aku....pastu dia nampak, siap aku kena perli lagi. Mula2 tu dia puji sikit...pastu kena perli yang banyak. Aku diam jer malas nak jawab.....dah tau buang air liur jer bertekak dengan dia. Lagi baik aku layan berstory ngan Chah. Anyway hijrah tahun nie aku mulakan dengan azam baru. Walaupun apa yang bakal terjadi dalam perjalanan hidupku, yang penting suma mesti hepi.

Aku dah mula mencantikkan kelas, azam baru ler katakan. Anak2 muridku adalah dari kelas terakhir...faham2 jer ler. Tapi masih in control lagi. Aku tetap sayang derang sebagai ibu angkat mereka. Ada 2,3 orang rajin tolong aku menyapu kelas....alahai kenit2 sangat lagi. Anyway masih menjadi buah hati pengarang jantungku....terlalu banyak impianku pada mereka. Harap2 aku mampu menjadikan impian aku kenyataan walaupun 70%.

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...