Sekejap sahaja masa berlalu....tarikh itu datang lagi. Mungkinkah kali ini akan ada cincin permata untuk belahan jiwa, baju labuci untuk permata hati, honeymoon berdua pertama kali, candle light dinner hanya berdua.....hmmm atau sekadar bunga sekuntum dan ciuman tanda kasih menghargai 17 tahun bersama susah dan senang. Melahirkan zuriat penyambung kasih. Itu lebih bermakna sebagai tanda kasih yang tidak pernah lekang dek panas lusuh dek hujan, tanda tarikh itu aku telah dimiliki menjadi suri hati, peneman kala susah dan senang, dari dara pingitan kini menjadi isteri orang. Tidak kah tarikh itu sepatutnya cukup bermakna ?..... Hanya Kau ya Allah yang tahu isi hati ini.
Adakah luahan ini seperti tidak mensyukuri ??? Juga hanya KAU yg tahu......
Tuesday, April 24, 2012
Thursday, April 12, 2012
Wednesday, April 11, 2012
KEHILANGAN....
Tanggal 31 mac 2012 tidak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan. Masih terasa pedihnya bila aku hampir diuji dengan kehilangan. Terasa bak belati membelah sembilu.....satu rasa yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata.
Hari tersebut adalah hari pernikahan adik ipar lelakiku. Dari pagi Adib sangat asyik bermain dengan abang dan sepupu2nya. Langsung tidak mempedulikan aku. Ku pandang dari jauh. Lagi pun tiada rasa bergetar di kalbu. Pukul 12.30 sedang majlis persandingan berlangsung, Adib lagi sekali tidak mahu ku kendong. Abang dan sepupunya yang lebih besar itu yg dikejarnya. Aku mencari tempat teduh apabila sudah tak tahan dengan bahang yang hangat di kepala. Hampir satu jam kami asyik dengan persembahan yang ditarikan di depan pengantin tetiba hatiku bagai disentap. Seram sejuk menular di deria rasaku dan saat itu terus bayangan Adib yang bermain di mindaku. Aku terus mencari anak bujangku. Satu persatu aku mencari kelibat adib di tangan anak2ku dan juga sepupu2nya. Tapi hampa.....Adib tiada dengan mereka.
Kerana gesa itu segera tiba, anak2 aku terus bergerak mencari. Rupanya dia sudah 300meter jauh dari tempat majlis. Masa Azlan jumpa dia, Adib berada ditangan seorang perempuan. Terus saja Azlan rampas.....Ya Allah....terima kasih melindungi anakku.
Dari peristiwa itu aku tak yakin melepaskan Adib dengan anak2ku yang lain. Bila aku menyusukannya, melihat dan membelai tika tidurnya....hatiku digamit sayu. Bagaimana kalau Allah betul2 mengujiku dengan mengambil Adib dariku.....tak mampu aku bayangkan kehilangan itu. Apatah lagi kehilangan tanpa jasad sebagai bukti pengambilan semula amanah.
Anyway....memang benar kita tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita harungi. Jadi kehilangan itu memang bukan ujian yang tepat buatku, sebab aku akan rebah. Ya Allah Kau lindungilah kami dari sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Sesungguhnya Kau yang Maha mengerti....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Just nak update
Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...
-
CARA RASULLAH MELAYAN ISTERI Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfec...
-
Besok adalah anniversary kita yang ke-23....Sekejap sahaja masa berlalu tidak terasa masa 23 tahun itu berganjak setahun demi setahun. Buk...
-
Berakhir sudah 2018 dengan segala sepak terajangnya...suka dan dukanya. Alhamdulillah aku masih dianugerahkan kesempatan untuk meneruskan pe...