TERATAK ACASIA HOMESTAY
Gambar kemudahan yang disediakan
Ruang tamu yang selesa
Bilik 1 & 2 yang selesa
Bilik utama yang luas
Gambar dari depan Teratak Acasia.
Tahun ini aku mendapat hadiah berganda untuk harijadiku sempena tahun arnab. Hadiah yang ku terima bermula penghujung bulan Januari aku mendapat kunci untuk Teratak Acasia. Kelam kabut aku melengkapkan segala pekakas rumah untuk mengejar kedatangan Tahun Baru Cina mana tahu Allah swt menganugerahkan impianku menjadi kenyataan. Alhamdulillah apa yang aku impikan tercapai, walaupun pada mulanya segala iklan yang aku dan adikku lakukan tidak menampakkan apa2 berita yang menggembirakan. Panggilan pada hari selasa 1.2.2011 bermulalah episod baru untuk Teratak Acasia.
Pada 8.2.2011, aku lagi sekali mendapat khabar gembira. Surat tawaran DG41 ku telah sampai ke Jabatan Pendidikan Melaka, aku dikehendaki mengambilnya sendiri. Alhamdulillah Ya Allah atas kurnia yang Kau berikan kepadaku. Akhirnya segala penat lelahku selama 7 tahun terbalas sudah. Perjalanan yang kulalui dengan onak dan ranjau yang betul2 mengujiku sebagai hambaNya.
Kini semua dokumen yang dikehendaki oleh surat tawaran itu telah aku lengkapkan, tinggal menunggu datangnya Isnin untuk aku pos ke alamat yang di tetapkan.
Semalam aku menerima lagi satu hadiah yang tidak diduga. Suamiku menemaniku mencari chalet untuk mega reunion batch STJku. Pagi2 lagi kami telah bergerak dari rumah. Selepas sahaja sarapan dan menghantar anak bujangku ke kelas tambahannya kami bergerak ke destinasi. Dari satu chalet ke satu chalet kami telusuri.....tapi semuanya hampa. Sebelum bergerak balik suamiku ingin mencuba meninjau chalet2 di kawasan Kemunting. Alhmdulillah bila dah rezeki tu kan. Dalam perjalanan balik suamiku menunaikan janji nyer dulu. Kami ronda pusing2 melaka dengan keta. Feel so nice....since selalunya kami gagal untuk pi dating bersama. Thnx sayang....
No comments:
Post a Comment