Monday, May 31, 2010

Anniversary kami yang ke-15



Terasa begitu cepat masa berjalan dengan segala ombak gelora yang memukul jiwa. 15 tahun bukan satu jangka masa yang singkat untuk kita hidup bersama seseorang. Mengharungi onak dan ranjau berduri. Hanya dengan ketabahan dan berkat kesabaran sahaja itu semua berjaya diredah. Terlupa bila mana hubungan itu belum ditakdirkan sampai pada noktahnya selagi itulah ikatan itu tetap kukuh dari segala badai yang melanda.

Setiap kali datangnya 28 mei, bermakna bertambahlah tempoh ikatan yang terikat antara aku dengan suamiku. Begitu juga dengan kehadiran 28 mei kali ini. Banyak persiapan telah diatur tapi kini tinggal kenangan sahaja. Apa2 pun aku berpuas hati bila mana 50% berjalan seperti yang dirancang. Walaupun aku agak kecewa kerana buat sekian kalinya impianku untuk berjalan berpegangan tangan berdua dengan suamiku di bawah sinaran rembulan tidak tercapai. Sudah acap kali aku cuba menjadikan ianya realiti...tapi hingga kini aku telah bergelar isteri ia tetap sebuah impian yang belum kesampaian.

Mungkin terlalu banyak hikmat yang tersirat disebalik perhubungan kami. Dari bercinta hinggalah mendirikan rumah tangga kami sudah terbiasa berjauhan. Walaupun hakikat berjauhan itu sekian kalinya telah membuktikan bakal mengundang bencana tapi pilihan itu tiada padaku untuk memilihnya. Mahu atau tidak aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Jika aku memilih sebaliknya....aku tidak mampu hidup dalam duka nestapa hingga ke titis nyawaku yang terakhir. Lagipun siapa kita untuk mencatur kebahagiaan dalam hidup.

Apa pun sayang, bila mana kau punya masa untuk membaca catatan ini...ku harap kau tahu dan sedar betapa besarnya cintaku padamu lebih dari diriku sendiri....Dengan izin dariNYA...

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...