Tuesday, August 18, 2009

Selepas 6 tahun berjuang....

Selepas lebih dari 6 tahun berjuang akhirnya aku berjaya juga menggenggam segulung ijazah yang aku idam-idamkan. Terlalu banyak onak dan ranjau yang harus aku lalui sebelum impianku itu tercapai. Tidak terkira air mata yang berguguran dan pancaroba yang maha pahit yang harus dilalui oleh seorang wanita harus aku harungi sepanjang perjalanan itu. Aku juga sempat mengandung 3 kali dan melahirkan zuriat 2 kali. Apa yang membanggakan aku naik ke pentas menerima ijazah semalam ditemankan oleh bayiku yang masih dalam kandungan.

Hampir 600 orang yang menerima ijazah bersamaku semalam......hanya dalam 20 orang yang berkongsi keadaan yang sama denganku. Best juga bila kami mendapat keistimewaan tidak payah beratur panjang dan ada disediakan kerusi untuk duduk sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam dewan.

Suka aku berkongsi detik2 sebelum aku menerima ijazahku.......

Bersedia sebelum check out dari hotel....


Apa serius sangat sayang.....



Azlan tengah perhatikan mak dia betulkan apa tu ?

Sesekali manja dengan bonda tersayang.....


Bergambar bersama keluarga tercinta selepas majlis...

No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...