Thursday, August 27, 2009

Dari seorang sahabat.....


Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Kau mesti bahagia melihat “musuh-musuh”mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu!

Wahai diri, ingatlah, segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi “musabbabil asbab”.

Jika kau di sakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda. Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan… tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mungkin sahaja “penjahat” yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai “hati emas”, akan terus dihenyak sebagai sandera (tawanan) di penjara hiba dan cela. Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya. Jangan kau tanyakan mengapa dia yang dilebihkan, aku dikurangkan? Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak lama. Di SANA jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat, akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi karenah insan.. Belajarlah daripada Nabi Yahya AS dan Zakaria AS yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah dari Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa semmpat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Note :

Tazkirah pagi Jumaat dan di bulan Ramadhan yang bagus untuk pengisian sekeping hati....thx dik.

Sunday, August 23, 2009

Dari someone.....




andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA






Ini dihantar oleh seseorang. Aku tak tahu bilakah aku mampu menerimanya....rahsia itu adalah milik ALLAH swt. Hampir 4 tahun aku belajar menerimanya dalam hidupku walaupun kehadirannya bukan pintaku. Tapi luka yang dibentuk olehnya dalam hatiku terlalu dalam untuk sembuh....apakan tidak...setiap kali luka itu hampir sembuh dia pasti akan menyiram cuka dihati yang lara itu. Selalunya kata2 bukan sengaja itu menjadi satu alasan....biarlah...sekarang aku pasrah pada ALLAH swt untuk menentukan apa yang bakal terjadi dihari muka pada kami bertiga. Sesungguhnya tiada daya dan upayaku melainkan daya upayaNYA jua.....wallahualam....

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan...



Kepada semua rakan2ku dan mereka yang rajin buka blogku aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan....semoga Ramadhan kali ini lebih memberi kebahagian kepada semua. Terasa begitu pantas masa berlalu....masa Ramadhan yang lepas aku begitu berharap dapat menunaikan sembahyang terawih penuh sebulan Ramadhan dengan anak2ku yang semakin dewasa memungkin semua itu berlaku....tapi rupanya hajatku itu masih belum kesampaian. Tahun ini dengan keadaanku yang sarat mengandung menyukarkan segala pergerakanku. Alhamdulillah aku dikurniakan anak2 yang penuh pengertian, walaupun mereka semua lelaki tapi boleh aku harapkan menjadi tangan kananku. Anakku yang sulung begitu membanggakanku bila banyak tugasan yang sukar untuk aku kerjakan dia yang ambil alih sepenuhnya. Bagi 2 orang lagi tu juga turut tidak aku lupakan. Mak sayang kalian......maafkan mak jika mak ada terkasar bahasa bila tekanan melampaui kewarasan.....he he he

Apa2 pun aku berjanji dengan diri sendiri untuk turut menemani anak2ku berterawih walaupun mungkin banyak bergantung kepada kemampuanku.....

Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih kekuatan dan kebahagian kepada kami sekeluarga.

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa, semoga ibadah kita diberkati Allah swt...



Tuesday, August 18, 2009

Selepas 6 tahun berjuang....

Selepas lebih dari 6 tahun berjuang akhirnya aku berjaya juga menggenggam segulung ijazah yang aku idam-idamkan. Terlalu banyak onak dan ranjau yang harus aku lalui sebelum impianku itu tercapai. Tidak terkira air mata yang berguguran dan pancaroba yang maha pahit yang harus dilalui oleh seorang wanita harus aku harungi sepanjang perjalanan itu. Aku juga sempat mengandung 3 kali dan melahirkan zuriat 2 kali. Apa yang membanggakan aku naik ke pentas menerima ijazah semalam ditemankan oleh bayiku yang masih dalam kandungan.

Hampir 600 orang yang menerima ijazah bersamaku semalam......hanya dalam 20 orang yang berkongsi keadaan yang sama denganku. Best juga bila kami mendapat keistimewaan tidak payah beratur panjang dan ada disediakan kerusi untuk duduk sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam dewan.

Suka aku berkongsi detik2 sebelum aku menerima ijazahku.......

Bersedia sebelum check out dari hotel....


Apa serius sangat sayang.....



Azlan tengah perhatikan mak dia betulkan apa tu ?

Sesekali manja dengan bonda tersayang.....


Bergambar bersama keluarga tercinta selepas majlis...

Wednesday, August 12, 2009

Second injection.....

Besok aku akan di suntik lagi sekali ubat untuk mematangkan peparu baby. Kali ini aku bakal ditemani oleh suamiku . Terasa teruja juga sebab sepanjang tempoh aku mengandung sebanyak 6 kali ini suamiku masih boleh dikira dengan jari di tangan kanan berapa kali dia sudi menemaniku. Bukan apa biasalah bila aku menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.....masa menunggu itu merupakan satu penyiksaaan bagi suamiku....he he he...betul tak sayang ?.... Cuma rasa sangsi masih bersarang dihati....mampukah suamiku bertarung dengan masa menunggu yang membosankan itu....atau tahap kesabarannya akan teruji sepenuhnya esok.

Tadi satu lagi kematian H1N1 di GH melaka.......hmmm.....besok aku check kat sana pula, semoga aku dijauhkan dari segala mara bahaya. Entah lepas entah tidak nak letak azim kat rumah ibu esok, biasalah ayah ada sure dia nak berkepit dengan ayahnya. Kalau azim tak pergi rumah ibu...hai terlepas ler suamiku nak menemani aku esok. Maybe ada hikmahnya....anyway aku dah rasa happy bila suamiku dah ada niat untuk pergi menemaniku....terima kasih sayang.

Petang esok ingat nak ambil gambar studio aku ngan jubah konvo.....kenang-kenangan ngan anak2. Bukan senang aku bertarung sepanjang 6 tahun untuk menamatkan pengajianku. Isnin nanti lepas konvo jubah tu nak terus dipulangkan....semuanya kena buat hari ini. Aku berhajat untuk ambil gambar dengan mak dan ayah ngan jubah tu, tapi nanti aku konvo dah lewat....tak tahu ler sempat ker tidak. iskh! iskh! payah tul nak fikir.....

Monday, August 10, 2009

Thursday, August 6, 2009

Siapa dia Aquarius.....?


Jumpa nie tadi...pastu best lak dia punya penerangan...tu yg aku ambil kesempatan masukkan sekali kat sini.....

Sunday, August 2, 2009

My 26-27 weeks pregnancy.....


Gambar visual baby dalam status aku sekarang.....



Ini pulak dalam bentuk 3D...tapi nie bukan ler my baby....he he he


Minggu nie, minggu yang begitu mencabar buat kami sekeluarga. Dari hari khamis petang lepas anak aku yang kecil demam....hai risau sungguh. Hari sabtu tu lagi teruk...belum 4 jam lagi tempoh makan ubatnya dia panas dia dah naik tinggi. Lekatkan cool fever kat dahi pun tak menjadi gak. Dahlah semalam aku kena pi injection for premature baby....2-2 punggung kena cucuk, jln dah senget jer. Masa second injection nyaris2 kena tahan coz baby tak berapa gerak ( everyday kita kena monitor pergerakan baby. Baby kena bergerak not less than 10 times / day )
Minggu depan ada satu lagi injection.....rasa happy bila hubby sudi lapangkan masa temankan aku pergi injection.....terasa amat dihargai.....yelah bila kita berkorban untuk memberi hadiah seorang zuriat untuk orang yg kita sayangi tentulah kita rasa happy bila dihargai begitu. Bukan wang ringgit dan hadiah yang kupinta, cukuplah sekadar pengertian dan belaian tatkala pergerakanku yang semakin terbatas ini. Aku tak pandai menunjukkan aku tak mampu melaksanakan semua perkara secergas semasa aku belum mengandung....tapi aku amat berharap kau memahami yang aku tak mampu melaksanakannya sebaik dulu sayangku. Pertolongan kau untuk meringankan tugasan yang perlu aku laksanakan begitu aku hargai dan harapkan darimu. Bukan aku mengambil kesempatan...sekadar keperluan untuk rasa lebih rapat dalam saat manis ini yang mungkin tidak akan berulang lagi dilain kali.

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...