Thursday, June 11, 2009

Day 2 in Trengganu....

Dari malam tadi abg Rashid dah siap bagi tahu semua org.....kami akan bersarapan di rumah adiknya pagi ini. Pukul 9 semua dah bersiap untuk bergerak. Destinasi kami hari ini ialah Pasar Payang dan Pusat Tamadun Islam. Masuk sahaja kereta dugaan untuk kami bermula, aircond kereta aku buat hal.....alamak masak jugalah kalau nak berjalan hari ini dalam terik panas mentari. Lepas bersarapan rumah Razak, adik abg Rashid kami singgah kat kedai aircond, cuba top up gas dahulu, bila dah siap masuk gas owner tu bagi tahu bocor aircond tu agak besar, tawakal ajelah. So perjalanan kami hari ini tidaklah dalam kepanasan.


Pemandangan dari tingkat satu pasar Payang

Di kedai barangan kraft tempat kami melepak di tingkat bawah

Along posing berlatarkan kedai kraft tadi

Me n hubby...

Gerai aku beli telur penyu asin..


Di Pasar Payang, ramai nyer orang tak terkira maklumlah cuti sekolah. Aku bila dah ramai2 tu mati kutu nak beli apa2. Lagi pun target perjalanan kali ini bukan untuk membeli belah, tapi untuk meraikan kawan membeli ole2 layanz jer ler. Aku anak beranak dapat tempat lepak yg strategik di tingkat bawah. Habis gak ler dekat RM20 duit aku ngan hubby buat beli air. Jangan tidak ole2 yg aku beli keropok pedas satu paket besar dan keropok lekor sekg. Nak jadi citer mak buyung guna kuasa vetonya untuk tutup mulut anak2 beli telur penyu asin....he he he. Alasan biasa....baby terasa nak makan. Hubby ku senyum jer....coz sebelum tu dia dah bertekak ngan anakku azri marahkan penjualan telur2 penyu sedangkan penyu dalam situasi diancam kepupusan. Maafler kepada pencinta alam. Aku pun bukan selalu beli telur penyu. Dari aku terpaksa melihat babyku meleleh air liur.....pekakkan telingan jer ler ngan kata2 org.


Azim atas train yang pertama dari Masjid Kristal

Alan frust melepas naik train..

Tengah membahagikan tiket untuk masuk...

Masing2 ceria bergerak masuk ke Pusat Tamadun

Azri konvoi dengan kawan2nya dengan basikal



Destinasi kedua kami hari ini ialah ke Pusat Tamadun Islam. Semua sempat solat Zuhur kat Masjid Kristal. Aku teman azim kat luar, sempat naik train.....alamak kalau naik 2x tak tahan ler makcik. Dia punya goncang....sakit punggung aku, walaupun span aku dikira empuk gak. Pusing satu round kami pun balik semula ke masjid Kristal, bertembung dengan train anakku azri dan azfar. Hubby tengah tunggu sambil makan aiskrim bawah pokok dalam cuaca panas terik.
Bila semua dah berkumpul kami pun bergerak ke Tapak masjid2 contoh dunia. Dewasa kena bayar RM10 untuk tiket manakala kanak2 kena RM5. Azri dengan Azlan tak mahu naik train, derang pilih untuk naik basikal. Bantai ler sayang2 mak....janji masing2 bahagia. Aku ngan hubby spend time yg agak lama untuk dua binaan istimewa....Taj Mahal dan Masjid Aqsa. Sementelah tak dapat pergi dapat binaan contoh pun kira aci ler juga.

Masjid pertama yang kami jumpa, dekat dengan pintu masuk...

Taj Mahal


Bergambar dalam Taj Mahal

Sekeluarga di tingkat atas Taj Mahal


Ikut jadual, malam nanti masing2 akan pergi mencandat sotong. Pukul 5.30 dah kena bersedia di jeti. Saat akhir jadual tersebut terpaksa ditunda. Malam itu diramal laut bergelora dan angin kencang. So macam biasa kami tukar plan. Abg Rashid join sekali hubbyku anak beranak pi lepak kat pantai Pandak lagi sekali, tapi pindah port lain. Meriah juga derang. Mak Buyung lepak kat bilik jer, baby dah marah...kepenatan berjalan sehari-harian tadi. Malam tu kami hanya bersantai jer. Rakyatku macam biasa sibuk ngan PS2 derang.

Sunset di Pantai Pandak

Projek membina kolam untuk umang2....


Along tekun memberi sumbangan..


Azri tengah testing cukup ker tidak ke dalaman...

Sabar menanti makan malam tiba..

Me n hubby again....

Hidangan pertama yang tiba....sotong n pari bakar..

Azim tengah menikmati air sirapnya.


No comments:

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...