Selepas 20 tahun aku kembali semula bercamping....aku yang sebagai peserta. Macam tak percaya sahaja. Masa nak pergi tu hati ku berdolak dalik juga...mampukah aku untuk melakukan semua aktiviti dengan sempurna. Dari 50 peserta yang hadir itu 30 perempuan dan 20 lelaki. Aku antara yang senior....ada seorang akak yg dah berumur 43 tahun dan 2 org lagi sebaya aku, manakala yang lain ramai anak dara or yang baru2 kawin.
Banyak yang aku pelajari kali ini, terutama mengawal tindakan dengan akal bukan hati, cuba mempraktikkan apa yang alongku sarankan....hasilnya....wow! sungguh berkesan. Tapi aku still kata mesti ada keyakinan hati baru apa yg diprojekkan oleh akal itu menjadi..... sorry along....yang ini pendapat kita tak sama. He he he. Aku pecah rekod aku sendiri terutama masa water safety....hb aku selalu gelakkan aku yang tak tahu berenang n somemore....kalau pakai life jaket pun tenggelam. Tapi kali aku dah pecah rekod aku sendiri....aku dah boleh berenang sejauh 20 meter tanpa bantuan sesiapa....cuma life jaket jer ler. Kuak lentang or kuak dada....dua2 boleh jgn tak caya. I'm very proud of myself.....kena bangga dengan diri sendirikan....tapi bukan bangga diri. Dua perkara yang berbeza....bangga diri tu dah macam bongkak lak.
Satu lagi yang aku pecah rekod diri sendiri....masa 2.4 km fizikal fitness aku berjaya mendapat tempat ke 4/30 peserta. So jangan pandang enteng sama mama.....ni mama the great....tahan lasak punya mama. Skill aku masa baca compas juga masih tahap bagus....mata masih alert utk cari tag check point....our team yg pertama sampai....grand tak...bila kami dilepaskan team kedua terakhir....terima kasih semua....hasil dari kerjasama kita semua membuahkan hasil yang membanggakan.
Kat bawah nie aku nak kongsi pengalamanku semasa menjalankan aktiviti flying foxes. Aku tak pernah lagi mencuba yang ini.....tapi bila dapat markah 98%, so kira xcellent ler kan.
Apa yang aku kongsi ini sebenarnya lebih sebagai peransang untuk anak2ku. Bila mereka lihat ibu mereka mencuba sesuatu dengan bersungguh2 hasilnya mungkin lebih dari apa yang kita jangkakan. Aku juga bangga dengan anak2ku minggu ini. Bukan aku sahaja yang menjalani aktiviti survival....tapi juga 4 orang anakku. Hari yang pertama anak sulungku tersalah ambil bas ker tampin. Sampai melaka tak sempat buka baju terus berlari kedapur mencari nasi....tapi hari kedua dan seterusnya....mereka sampai dengan selamat dan begitu membanggakan hatiku. Dah besar rupanya mereka....
Ok..para pembaca blog ku....selamat menikmati video yang aku letakkan disini....
Tengah tunggu giliran
Jurulatih tengah pasangkan tali penyambung...
Bersedia untuk berlepas...
Selamat menikmati videoku....
No comments:
Post a Comment