Sudah lama rasanya aku tidak merasa mabuk2 ini, terutama bila dalam perancangan Azim dulu bakal yang terakhir. Tapi hari ini aku kembali melalui saat2 yang paling aku " gemari ". Pagi2 tadi aku sampai ke sekolah bau minyak menggoreng sudah mengganggu deria rasaku...begitu memualkan. Apa boleh buat...bukannya aku mampu untuk melarang jiran di depan parking keretaku untuk berhenti memasak. Kali ini entah berapa lama aku akan melalui saat itu. Kalau dulu masuk sahaja bulan ke-5, semua alahan itu berakhir.
Mengandung kali ini aku seperti mendapat perhatian yang lebih terutama dari anak2 bujangku dan tidak ketinggalan suami yang tersayang. Semua kerja mereka berjanji untuk membereskan untukku. Aku tersenyum sahaja....yelah, sekurang2nya janji mereka itu membuatkan aku terasa dihargai dan disayangi. Anak2ku terutama Azlan tidak langsung boleh bertembung denganku, pasti perutku akan diusap lembut. Padahal belum terdapat perubahan pun pada perutku. Kalau aku berbaring...ciuman dan usapan dari mereka berempat saling bergilir mendapatkan peluang.
Dalam masa yang bergerak....rasa curiga masih bertahta di hatiku, sudah terdapat dalam rekodku aku sering bermasalah bila kandunganku mencecah 5 bulan. Apalagi mengandung dalam usiaku yang semakin meningkat. Semoga ALLAH swt melindungi kandunganku dan aku dianugerahkan bayi yang sihat dan sempurna. Memanglah aku dan keluargaku menyimpan harapan untuk mendapat bayi perempuan, tapi kalau memang bukan takdirku untuk melahirkan bayi perempuan, aku terima dengan redha. Siapa aku untuk mendahului percaturan yang dibuat olehNYA. Walaupun begitu aku sebagai hambanya masih boleh meminta dan berdoa....dialah yang menentukannya.
Tuesday, March 31, 2009
Pregnant lagi....
Selepas 4 tahun pencen dan tidak merancang untuk tidak menambah qota lagi aku mula mabuk2 minggu lepas. Terasa cuak juga sebab bulan lepas aku miss datang bulan. Oleh kerana dah buat perancangan sendiri aku taklah risau sangat.....kononnya. Yelah rasa2 precaution dah baguskan. Tapi siapa kita untuk mendahului ALLAH swt. Bila Dia dah kata kun fa ya kun... siapa yang mampu menahan arahan itu.
Mulanya aku tidak menyangka apa2 atas kelewatan itu...biasalah aku kekadang 2, 3 bulan tak datang anak sedara menziarah... tapi minggu nie bila aku nak menggoreng ikan terus tekak aku meloya semacam tu yang jadi cuak. Pastu aku kena pedih ulu hati....penyakit yang hanya aku dapat bila mengandung. Nak jadi cerita dari minggu lepas aku dah mula angkat cabai jadi ulam aku, satu lagi penyakit masa mengandung yang dah sinonim ngan aku.
Nak tahu perasaan aku masa buat urine test....bila warna pink tu semakin menular dan membentuk dua garisan halus yang samar kemudiannya semakin terang.....aku sendiri tak mampu nak discribe apa yang aku rasa. Sesungguhnya hanya DIA yang maha mengerti dan hanya DIA sahaja yang tahu kenapa aku dianugerahkan dengan hadiah ini...
Semoga dengan doa kalian....hubungan aku ngan hbku berkekalan....semalam aku dapat satu ilmu baru. Dalam kehidupan apa yang kita fokuskan....di mana kita ? Adakah kita jenis orang yang lihat baru percaya....atau percaya baru lihat...

Gambar baby 10 weeks...
Thursday, March 19, 2009
Makna tarikh lahir ku...
Minggu lepas aku jumpa artikel tentang makna tarikh lahir dlm komputer abang Rasyid kerani di sekolahku.....so saja suka2.....kekadang best gak main telek suka2 nie. Inilah hasil yang aku perolehi....pembaca blogku....anda boleh baca....senyum tu simpan dalam hati...ha ha ha.
Anda adalah pencari, selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi. Anda sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan anda tidak mempengaruhi keputusan anda. Anda suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling anda tetapi anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala suka bersendirian. Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sangat suka berahsia.
No bertuah anda ialah 7.

Saturday, March 14, 2009
Iman...
Kalau dilihat dari perkataan dan jumlah hurufnya nampak simple sahaja. Tapi maknanya terlalu luas. Bagiku ia merupakan keseluruhan kehidupan. Iman adalah penyambung antara hati dan akal. Mungkin ramai yang tidak sependapat denganku...setiap orang mepunyai pandangan yang berbeza...tapi itulah hakikat. Tadi bila aku baca buletin yang dikirimkan oleh rakan2ku hatiku tersentuh bila membaca aritikel ini. Berkongsi sesuatu yang boleh memberi manfaat tentu banyak kebaikannnya. Terima kasih Z.....selamat mengerjakan umrah nanti.
Al Kisah Pada tahun lepas , ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam"..
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
" DUNIA sebagai ALAT menuju keAkhirat ...AKHIRAT sebagai MATLAMAT

Friday, March 6, 2009
Selepas 20 tahun....
Selepas 20 tahun aku kembali semula bercamping....aku yang sebagai peserta. Macam tak percaya sahaja. Masa nak pergi tu hati ku berdolak dalik juga...mampukah aku untuk melakukan semua aktiviti dengan sempurna. Dari 50 peserta yang hadir itu 30 perempuan dan 20 lelaki. Aku antara yang senior....ada seorang akak yg dah berumur 43 tahun dan 2 org lagi sebaya aku, manakala yang lain ramai anak dara or yang baru2 kawin.
Banyak yang aku pelajari kali ini, terutama mengawal tindakan dengan akal bukan hati, cuba mempraktikkan apa yang alongku sarankan....hasilnya....wow! sungguh berkesan. Tapi aku still kata mesti ada keyakinan hati baru apa yg diprojekkan oleh akal itu menjadi..... sorry along....yang ini pendapat kita tak sama. He he he. Aku pecah rekod aku sendiri terutama masa water safety....hb aku selalu gelakkan aku yang tak tahu berenang n somemore....kalau pakai life jaket pun tenggelam. Tapi kali aku dah pecah rekod aku sendiri....aku dah boleh berenang sejauh 20 meter tanpa bantuan sesiapa....cuma life jaket jer ler. Kuak lentang or kuak dada....dua2 boleh jgn tak caya. I'm very proud of myself.....kena bangga dengan diri sendirikan....tapi bukan bangga diri. Dua perkara yang berbeza....bangga diri tu dah macam bongkak lak.
Satu lagi yang aku pecah rekod diri sendiri....masa 2.4 km fizikal fitness aku berjaya mendapat tempat ke 4/30 peserta. So jangan pandang enteng sama mama.....ni mama the great....tahan lasak punya mama. Skill aku masa baca compas juga masih tahap bagus....mata masih alert utk cari tag check point....our team yg pertama sampai....grand tak...bila kami dilepaskan team kedua terakhir....terima kasih semua....hasil dari kerjasama kita semua membuahkan hasil yang membanggakan.
Kat bawah nie aku nak kongsi pengalamanku semasa menjalankan aktiviti flying foxes. Aku tak pernah lagi mencuba yang ini.....tapi bila dapat markah 98%, so kira xcellent ler kan.
Apa yang aku kongsi ini sebenarnya lebih sebagai peransang untuk anak2ku. Bila mereka lihat ibu mereka mencuba sesuatu dengan bersungguh2 hasilnya mungkin lebih dari apa yang kita jangkakan. Aku juga bangga dengan anak2ku minggu ini. Bukan aku sahaja yang menjalani aktiviti survival....tapi juga 4 orang anakku. Hari yang pertama anak sulungku tersalah ambil bas ker tampin. Sampai melaka tak sempat buka baju terus berlari kedapur mencari nasi....tapi hari kedua dan seterusnya....mereka sampai dengan selamat dan begitu membanggakan hatiku. Dah besar rupanya mereka....
Ok..para pembaca blog ku....selamat menikmati video yang aku letakkan disini....
Tengah tunggu giliran
Jurulatih tengah pasangkan tali penyambung...
Bersedia untuk berlepas...
Selamat menikmati videoku....
Wednesday, March 4, 2009
Ini satu lagi kata2 yang dihantar oleh my dear brother.....kadang2 satu perhubungan itu sukar diungkap dengan kata2. Apa yang pasti teman sejati adalah umpama berlian di antara pepasir.... hanya mampu dilihat menggunakan kaca mata istimewa....
When in doubt, my friends, show up early.
Think less. Feel more. Ask once. Give thanks often. Expect the best.
Appreciate everything. Never give up. Make it fun. Lead. Invent. Regroup. Wink. Chill. Smile.
And live as if your success was inevitable, and so it shall be.
Life should be a miracle
Thought....
Artikel di bawah ini dihantar oleh my dear brother.....aku suka dengan apa yang artikel ini ingin sampaikan. Benda yang baik patut dikongsi2kan, so semoga semua mendapat manfaatnya.
A mind filled with negative thoughts will make you feelmiserable, inadequate and will lead you to failure after failure no matter how hard you try to succeed.
If you have a pattern of negative thinking you'llbe in debt and end up in destructive or negative relationships.
If you want to succeed, enjoy happiness and live a life of abundance, and prosperity - you have to eliminate anynegative thinking, and negative beliefs.You'll also have to replace those negative thoughts with positivethoughts that will allow you to succeed and enjoy life.
So hold on to the POSITIVE thoughts and all your dreams will come true!
Its all in YOUR mind....

Subscribe to:
Posts (Atom)
Just nak update
Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...
-
CARA RASULLAH MELAYAN ISTERI Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfec...
-
Besok adalah anniversary kita yang ke-23....Sekejap sahaja masa berlalu tidak terasa masa 23 tahun itu berganjak setahun demi setahun. Buk...
-
Berakhir sudah 2018 dengan segala sepak terajangnya...suka dan dukanya. Alhamdulillah aku masih dianugerahkan kesempatan untuk meneruskan pe...