Hari ini bermulalah cuti panjang buatku. Bulan ini juga aku telah merdeka sebagai pelajar. Tiada lagi hujung minggu yang terkejar-kejar mengejar waktu. Terima kasih pada suamiku dan anak2ku yang penuh pengertian dan kesabaran, terima kasih ayah dan mak atas dorongan yang tidak berbelah bahagi.
Apa rancangan ku kini :
1. Mengolah semula semua isi dalam rumahku agar dapat menjadi seperti yang ada dalam mindaku.
2. Membantu anak2ku dalam mempersiapkan diri mereka menghadapi hari depan yang lebih mencabar; Azfar dengan sekolah menengahnya, Azri untuk menghadapi UPSR, Azlan persediaan naik ke tahap 2....untuk si kecil pula yang hampir masuk 3 tahun tu...belajar membaca.
3. Untuk tip top dalam tugas.
4. Ambil kelas menjahit.....( fu yooo....boleh ker nie )
5. Mengumpul dan cuba menggapai segala yang diimpikan...
Apa yang pasti hari esok adalah lebih baik dari hari ini dan semalam. Biarlah semalam yang duka berlalu dengan pengajaran agar aku tidak tersadung dua kali dan semalam yang indah menjadi impian untuk terus aku kejar. Sesungguhnya hidup dan matiku hanya keranaMU ya ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Just nak update
Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...
-
CARA RASULLAH MELAYAN ISTERI Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfec...
-
Besok adalah anniversary kita yang ke-23....Sekejap sahaja masa berlalu tidak terasa masa 23 tahun itu berganjak setahun demi setahun. Buk...
-
Berakhir sudah 2018 dengan segala sepak terajangnya...suka dan dukanya. Alhamdulillah aku masih dianugerahkan kesempatan untuk meneruskan pe...
No comments:
Post a Comment