Tuesday, November 25, 2008

Sunday, November 23, 2008

Long lost friend....

Gambar Hanien dan Kak Nonie. Hanien adalah classmate aku masa kat Uitm Dungun dan house mate hubby aku. Last kami jumpa masa tahun 1997 masa buat gathering kat KL. After 11 years ni baru jumpa balik. Masa ni dia on the way balik ke KL dari Johor. Dia dapat contact aku dari Hussin. Kejap aje masa berlalu, anak dara dia yg tua dah masuk sek men...yg nombor 2 sebaya dengan anakku Azri.

Gaya Azim meluahkan perasaan....
















Thursday, November 20, 2008

Berbuat baik dapat menyejukkan jiwa



Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan org2 yang mula2 akan dpt merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yg melakukannya. Merekalah yg akan merasa hasilnya serta merta dlm jiwa, akhlak dan nurani mrk, hingga mrk pun sentiasa berlapang dada, tenang tenteram dan damai.

Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesame manusia, nescaya akan mendpt ketenteraman dan kedamaian hati. Bersedakahlah pada org yg papa, tlglah org yg dizalimi, ringankan beban org yg menderita, berilah makan org yg kelaparan, jenguklah org yg sakit dan bantulah org yg ditimpa musibah, nescaya anda akan merasa bahagia dalam kehidupan anda.

Perbuatan baik itu bagai wewangian yg tidak hanya mendtgkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga org2 disekelilingnya. Manfaat kejiwaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat2 berkesan yg tersedia dikotak ubat org2 yg berhati baik dan bersih.

Menebar senyuman kepada org2 yang gersang jiwanya merupakan sedekah jariyah, sedangkan kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap org lain yg hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Ghaib.



Monday, November 17, 2008

Hati yang bersatu...


Comel nyer lak hati nie.....ingatkan bila aku paste jadi besar....takper ler. Tetiba rasa nak romantika d' amour lak pagi nie. Miss you sayang !!!!

Perlawanan kayak

Kegarisan...1..2..mula...

Tunggu apa tu azfar....nanti jadi macam cerita arnab dengan kura2

Sayang...kayuh, jangan tak kayuh....



Bila tukar berdayung solo nie ?????
Satu petang yang bermanfaat telah selesai. Semua gembira walaupun penat. Apa yang penting kami tetap bersama. Itu yang paling menggembirakan. Semoga kami terus bersatu walaupun badai datang menimpa....amiiiinnnn ya rabula'lamin.




Sunday, November 16, 2008

Ceriakan hariku....

Hari ini bermulalah cuti panjang buatku. Bulan ini juga aku telah merdeka sebagai pelajar. Tiada lagi hujung minggu yang terkejar-kejar mengejar waktu. Terima kasih pada suamiku dan anak2ku yang penuh pengertian dan kesabaran, terima kasih ayah dan mak atas dorongan yang tidak berbelah bahagi.

Apa rancangan ku kini :

1. Mengolah semula semua isi dalam rumahku agar dapat menjadi seperti yang ada dalam mindaku.

2. Membantu anak2ku dalam mempersiapkan diri mereka menghadapi hari depan yang lebih mencabar; Azfar dengan sekolah menengahnya, Azri untuk menghadapi UPSR, Azlan persediaan naik ke tahap 2....untuk si kecil pula yang hampir masuk 3 tahun tu...belajar membaca.

3. Untuk tip top dalam tugas.

4. Ambil kelas menjahit.....( fu yooo....boleh ker nie )

5. Mengumpul dan cuba menggapai segala yang diimpikan...

Apa yang pasti hari esok adalah lebih baik dari hari ini dan semalam. Biarlah semalam yang duka berlalu dengan pengajaran agar aku tidak tersadung dua kali dan semalam yang indah menjadi impian untuk terus aku kejar. Sesungguhnya hidup dan matiku hanya keranaMU ya ALLAH.

Bila hati rasa gundah....

Bila gundah itu tiba....

Ya ALLAH...
Kau tenangkan hati ini
Janganlah engkau bolak balikkan setelah Engkau beri hidayah...
Sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia ini
Melainkan Nur ImanMU

Ya ALLAH...
bantulah aku yang sentiasa mengingatiMU
Bantulah aku yang sentiasa mensyukuriMU
Bantulah aku utk memperbaiki amalanku
Pimpinlah diri yang lemah ini
Serta bantulah aku utk menanam keyakinan pada diri ini
Aku sentiasa menjadikan engkau wali & pelindung bagiku
Setiap masa di setiap keadaan
Agar diri sentiasa terpimpin utk mencari redhaMU
Bagi setiap perkara yang ku lakukan
dalam kehidupan yang sementara ini....

Ya ALLAH...
Tempatkanlah daku bersama hamba-hambaMU yang taat
Peliharakanlah hati ini agar sentiasa tenang dalam apa jua keadaan
Jauhkanlah aku dari golongan yang berputus asa
Jadikanlah aku hambaMU yang bersyukur
dan agar sentiasa redha menghadapi ujian dariMU

Ya ALLAH...
PadaMU aku berserah,
padaMU aku mengharap
Tuhan yang Yang mencipta aku
menentukan setiap sesuatu
Aku percaya setiap yang terjadi tiada yang sia-sia
Semua akan ada hikmahnya
Sesungguhnya kepadaMU
aku kembalikan segala urusan
Dan sesungguhnya kepadaMu jua tempat aku kembali...
Ya Hayyum Ya Qayyum.

Kehebatan Wanita

Lihatlah kehebatan seorang wanita!!!

seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh,seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil,wanita yang memberi minuman susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

wanita yang melayan suaminya yang pulang dari kerja ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjihad ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Nie tambahan dalam bentuk point :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T 17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Something and everything about love.....

Something to share, kata-kata hikmat yang boleh menjadi penguat jiwa dan hati. Sesungguhnya apa yang berlaku disekeliling kita sukar untuk diterjemahkan menjadi ayat-ayat yang mudah untuk difahami.....ia memerlukan ilmu untuk memahami setiap bait kata yang dituturkan.

*** Something and everything about LOVE...***

Luv is only luv
when U have someone to share it with,
otherwise it's a feeling

that can haunt you the rest of your life,
until U find the right person to give your luv to..


u live 2 be luved
n u die 2 be remembered...
when u were born,

u were crying
n everyone around u is smiling..
live ur life in a decent way

so that when u die,
u're smiling n everyone around u is crying..

Life is neither bed of roses
nor a carpet of thorns..
but life is beautiful..
our life is beautiful friends..
so sweet..
full of loves..
if we could see all the creatures outside there...
it makes our life be more meaningful...
Allah give us eyes and mind
to see and think about all creation,
that gives much more meaning to our life...
alhamdulillah...
yet life is succession of lessons
which must be lived to be understood..

some people believe that
holding on and hanging in
there are signs of strength...
however ....
there are times in life
in which it takes much more strength to just let go...

Friday, November 14, 2008

Superwoman....

Masa browses lirik tadi jumpa lirik lagu superwoman......terasa lak nak masukkan sekali kat sini. Kekadang orang yang kita sayangi terlupa kita cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

*Superwoman*
early in the morning i put breakfast at your table
and make sure that your coffee has its sugar and cream
your eggs are over easy,
your toast done lightly
all that’s missing is your morning kiss
that use to greet me
now you say the juice is sour
it used to be so sweet
and i can’t help but to wonder
if you’re talking ’bout me
we don’t talk the way we used to talk
it’s hurting so deep
i’ve got my pride, i will not cry
but it’s making me weak
i’m not your superwoman
i’m not the kind of girl that you can let down
and think that everything’s okay
boy, i am only human
this girl needs more than occasional hugs
as a token of love from you to me,
ooh, baby
i fought my way through the rush hour
trying to make it home just for you
i want to make sure that your dinner
will be waiting for you
but when you get there you just tell me
you’re not hungry at all
you said you’d rather read the paper
and you don’t want to talk
you’d like to think i’m just crazy
when i say that you’ve changed
i’m convinced i know the problem
you don’t love me the same
you’re just going through the motions
and you’re not being fair
i’ve got my pride, i will not cry
still i can’t help but care
i’m not your superwoman
i’m not the kind of girl that you can let down
and think that everything’s okay
boy, i am only human
this girl needs more than occasional hugs
as a token of love from you to me
i’m not your superwoman
i’m not the kind of girl that you can let down
and think that everything’s okay
boy, i am only human
this girl needs more than occasional hugs
as a token of love from you to me
ooh baby, look into the corners of your mind
i’ll always be there for you
through good and bad times
but i can’t be that superwoman
that you want me to be
i’ll give my love, oh,
lasting love if you’ll return love to me
i’m not your superwoman
i’m not the kind of girl that you can let down
and think that everything’s okay
boy, i am only human
this girl needs more than occasional hugs
as a token of love from you to me
ah ha, if you feel it in your heart
and you understand me
stop right where you are
everybody sing along with me
i’m the kind of girl that can treat you so sweet
but you’ve got to realize
that you’ve got to be sweeter to me
i need love, i need just your love
i’m not your superwoman
i’m not the kind of girl
that you can let down
and think that everything’s okay
boy, i am only human
this girl needs more than occasional hugs
as a token of love from you to me

Tuesday, November 4, 2008

Cerita kami....

Lagi telatah Azim....Azim & buai

Tengah bersedia untuk menghayunkan buai.....1...2...3...

Pandang depan sayang....


Anak mak berbuai penuh gaya.....


Azim dan air.....

Azim kalau dah jumpa air....macam anak ikan....

Naik semula untuk membuat lompatan seterusnya....



Lompatan berani mati dari anakku Azim...abang Ngah jaga bawah...



Tingginya anak mak lompat....


Along pun ada....siap sedia....




Sunday, November 2, 2008

3 November 2008

Kek dan kad harijadi dari kami anak beranak....

Baki kek yang tinggal suku sahaja lagi.
Best woo and sodap!!! gembira aku bila hubby dan anak2 suka dengan kek yang aku beli.



Gambar gembira birthday man....
Hari ini genap 19 tahun kami berkenalan....bercinta... dan masih lagi bersama. Banyak dugaan yang kami lalui sepanjang tempoh itu...dan juga sudah pasti masih ada lagi dugaan yang bakal kami lalui untuk hari-hari yang mendatang. Bukan mudah mencari dan mencipta kekuatan jika tanpa izin dariNYA. Menyelak satu persatu kelemahan dan kekuatan ada banyak baiknya. Kelemahan kita jadikan sempadan dan kekuatan kita jadikan panduan dan obor untuk menyuluh bila kita melalui lorong-lorong gelap tanpa cahaya.
Dugaan yang singgah dalam hidupku juga banyak mendewasakan aku. Mengajar aku erti ketabahan, kesabaran, kekuatan dan ketentuan. Dari 4 K itu, aku belajar menghargai...bukan sahaja orang lain tapi yang paling penting, aku belajar menghargai diri sendiri. Bak kata ayahandaku yang tercinta; " selamatkanlah diri along dulu...kemudian barulah fikirkan untuk menyelamat orang lain...." Terima kasih ayah...terima kasih kerana pengertianmu ketika anakmu teraba-raba. Kau mendidikku agar menjadi insan yang tidak lari dari masalah tapi belajar menghadapi masalah.
Buat suamiku tersayang,
Semoga hari esok masih menjadi milik kita berdua. Impian yang kita metrikan 19 tahun lalu akan menjadi kubu melindungi kita dengan segala cubaan sehingga ke hujung nafas kita yang terakhir. Hubungan yang kita kukuhkan dengan 4 cahaya mata permata hati itu menjadi bukti kasih sayang yang terjalin tidak bertepi.




Me n Hubby...


Selamat Hari Lahir sayang.....

Lagu Kita....

********************************************************

Bila kau senyum, ku gembira

Bila kau sedih, ku menangis

Bagai taman rindu kan kumbang

Kurindu padamu oh sayang

Di mana saja kau berada

kukan tetap bersamamu

walau jasad mu menjauh

namun hati dekat selalu

Walau kini halangan menimpa

bila cinta ada, ku tetap setia

hanya dikau dan asmara

membuat diriku bagai dalam surga

biar masa berganti masa

biar pun musim berubah

telah kukatakan padamu oh sayang

hanya kuasa tuhan dapat memisahkan.

Bila kau tanya pada rang bulan

mengapa cahaya berseri-seri

nanti jawabnya kepadamu

kerna dikau cinta padaku.

****************************************************

Besok genap 19 tahun kita berkenalan, bersama kita harungi susah dan senang. Dugaan datang silih berganti....tapi hingga saat ini hati kita masih bersatu. Semoga ikatan itu diberkati oleh ALLAH dan kita kekal bersama hingga di hujung nafas yang terakhir. Berkat doa anak-anak kita yang menjadi permata hati....Muhammad Azfar, Muhammad Azri, Muhammad Azlan dan Muhammad Azim dan doa-doa orang yang menyayangi kita.


Kalau sayang.......

Satu peringatan buatku....apabila kita menyayangi seseorang kita perlulah mempamerkannya. Kita tak tahu sepanjang mana hayat kita...atau pun hayat orang yang kita sayangi itu. Apa lagi jika orang yang kita sayang itu adalah ibu bapa kita, ibu yang melahirkan kita...membesarkan kita dari sekecil tapak tangan hinggalah kita dewasa bersama lelaki istimewa yang kita panggil ayah. Atau pun suami yang tersayang kita yang tidur sekatil dan sebantal , makan sepinggan dan minum secawan dengan kita. Bayangkan jika ALLAH tarik peluang kita untuk mempamerkan sayang atau mengungkapkan kata2 maaf atas setiap tindakan kita yang mungkin melukakan hati orang yang kita sayangi....Hargailah setiap saat yang mendatang...kerana ia tidak akan hadir buat kedua kalinya dalam hidup kita yang sementara ini...

Satu petikan yang ku ambil dari "abahmuiz" :

Kalau kita sayang dia, tunjuklah sayang itu pada dia. Jika kita hargai diri dia, tunjukkan penghargaan itu sewaktu dia masih boleh merasanya. Jika kita sanggup berkorban untuk dia, tunjukkan juga.

Paling penting, kalau kita berbuat salah padanya, mintalah kemaafan dia sewaktu masih ada peluang. Sebab kalau dia sudah tidak ada, kemana kita nak tunjukkan itu semua? Pada siapa? Kalau dia sekadar lari dari diri kita, mungkin kita boleh cari dia. Tapi kalau Allah sudah menjemput dia dari dunia? Dan ini adalah berkait dengan apa saja jenis perhubungan anda dengan orang itu, baik dia isteri, ibu ayah, anak2, sahabat sejati, dan apa sajalah.

Jangan sampai satu hari anda terkilan dan ralat sendiri sebab sudah tidak ada peluang untuk menunjukkan pada dia apa yang dia perlu tahu dan rasa dari anda, sebab dia sudah dijemput pulang.Tetapi kalau ini sudah pun berlaku pada kita, perkara paling baik adalah untuk terus-terusan berdoa pada Allah, semoga dia akan dicucuri rahmat Allah selalu disana.

Al-fatihah pada orang-orang kesayangan kita yang telah pulang...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...