Kejujuran dan Keikhlasan
Kejujuran dan keikhlasan, serta apa-apa saja yang berkaitan dengan isi hati adalah hanya diketahui oleh tuanpunya badan dan Allah Taala sahaja, Tuhan yang seluruh isi hati manusia berada di dalam genggamanNYA.
Sejauh manakah kemampuan manusia untuk mengukur keikhlasan dan kejujuran seseorang yang lain? Kalaupun manusia mendakwa bahawa mereka mampu dan boleh menyimpulkan keikhlasan dan kejujuran orang lain, akan ada orang lain pula yang datang dengan hujah-hujah yang berbeza, dan mendakwa bahawa dia lebih tahu mengenai kejujuran dan keikhlasan itu.
Manusia hanya mampu melihat sesuatu yang fizikal, yang dizahirkan oleh seseorang yang lain. Pengukur yang ada pada manusia hanyalah panduan-panduan dari Allah Taala dan RasuluNYA SAW, dan membuat perbandingan secara fizikal, siapa yang kelihatan lebih dekat degan panduan-panduan yang tidak boleh dipertikaikan oleh sebarang makhluk itu, sedangkan apa yang terkandung dalam hati pelakunya diserahkan kepada Allah Taala semata-mata.
Jika manusia mencuba juga untuk menyimpulkan keikhlasan serta kejujuran seseorang yang lain, maka kesimpulan itu sudah tentunya timbul, terbit dan datang dari adaian mereka semata-mata, sedangkan mereka tidak pernah tahu dengan tepat apa sebenarnya dalam hati orang yang keikhlasannya sedang diukur itu.
Wallaahu a'lam.
Banyak perkara yang berlaku semalam...terutama bila tentang keikhlasan dipersoalkan. Apa yang sedang berlaku dalam hidup ini kadang2 sukar untuk kita ukur. Ada perkara kita mungkin ikhlas tapi bagi setengah perkara lagi kita berlakon untuk ikhlas....walau bagaimana hanya ALLAH swt sahaja yang mampu mengetahui sejauh mana ikhlasnya kita.
No comments:
Post a Comment