Thursday, October 14, 2010

Akhirnya penantian itu .....



Akhirnya penantian dan segala pengorbanan ku selama ini tidak dipersiakan Allah swt. Ya Allah setiap langkahku adalah milik MU. Semoga aku sentiasa berada di bawah lindungan MU....

Wednesday, September 22, 2010

Kenangan bersama keluarga di Gemas...



Gambar kat rumah adik masa dia buat baca Yassin rumah baru. Semoga adikku beroleh kebahagian dunia dan akhirat.



Bergambar dengan abang rosli dan kak ijah depan rumah maklang. Masa nie on the way nak pergi rumah abg aim...sayang lupa nak ambil gambar masa kat sana




Mak dan ayah bergambar dengan 2 cucu bungsu mereka...



Gambar bersama mak dan ayah serta adik kesayanganku..

Pertemuan setelah sekian lama.....



Bergambar dengan kakchik, kakak saudara yang rapat denganku. Sejak aku berpindah ke Melaka kami amat jarang bertemu, jangan tidak aku bertemu dengannya masa dia membuat rumah terbuka hampir 4 tahun dulu. Kadang kala alasan sibuk tidak boleh digunakan. Jika semua orang memberi alasan sibuk ikatan yang sepatutnya boleh dieratkan mungkin semakin menjarak. Apa2 pun si adik mestilah beralah mencari kakak yang lebih tua. Gambar ini mungkin menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Memori kita semakin kurang bersama meningkatnya usia setiap tahun...semoga gambar yang diabadikan ini mampu menjadi pemangkin agar memori itu berfungsi dengan baik.

Terima kasih kakchik kerana menerima along dan keluarga dengan tangan terbuka. Semoga ini sebagai permulaan untuk hubungan kita lebih dieratkan...

Friday, September 10, 2010

Semoga Ramadhan kali ini bukan terakhir buat kami..

Tahun nie giliran kami beraya di Melaka. Gembira bila anak2 bujangku dapat melepaskan hajatnya untuk membuat lemang dan pergi takbir raya dari rumah ke rumah. Atuk Ayup dan atuk Talib derang bukan main bangga bila ada cucu yang sudi ikut serta menemani mereka. Di Gemas acara takbir itu telah lama tidak dijalankan di rumahku. Cuma sekadar mendengar takbir di tv sahaja sejak kebelakangan ini...

Di bawah ini antara aktiviti mereka di malam raya...











Pagi2 1 Syawal...anak bujang aku dah call minta aku cepat hantarkan baju raya masing2. Aku semakin tabah sekarang selagi DIA menganugerahkan aku dengan limpahan kasih sayang yang tidak bertepi...walaupun bonda dan ayahanda tersayang jauh di mata tapi di hatiku mereka sentiasa menemani anakanda mereka walau dalam apa situasi sekalipun.....Along sayang mak dan ayah.

Di sini aku selitkan sedikit gambar2 di pagi raya sebagai kenanganku abadi...















Semoga kami sekeluarga di kurniakan olehNYA untuk bersama lagi untuk menjalani Ramadhan dan Syawal bagi tahun2 mendatang. Sesungguhnya semua yang aku miliki hanyalah sekadar pinjaman dariMU. Tabahkanlah sekeping hati kecil ini menerima apa saja ketentuanMU.....

Wednesday, September 8, 2010

Syawal datang lagi....

Tahun nie aku tidak dapat menolong mak masak rendang. Kesian mak harus keseorangan tahun nie. Tapi itulah lumrah alam dan aku tidak boleh lari dari kekangan. Sekurang2nya aku dan anak2 dapat menunaikankan janjiku pada mak dan ayah untuk menghabiskan hari2 terakhir ramadhan bersama mereka. Gembira hatiku melihat mak masa berbuka siap bertambuh nasi lagi. Hanya itu yang dapat along lakukan untuk menggembirakan mak dan ayah masa hayat masih ada.

Sekejap lagi aku sudah harus bergerak balik ke melaka. Nampak gaya kalau aku tak dapat menolong bondaku merendang untuk adil mungkin hanya askar2ku sahaja yang aku hantar membantu di melaka. Selesai urusanku nanti aku akan terus ke gangsa. Tugasanku untuk mengemas rumah aritu baru 60% selesai.

Selamat hari raya semua.....maaf zahir batin.

Note :
Tahun nie aku sedondon lagi dengan mak dan ayah....cuma tidak berada di tempat yang sama untuk diabadikan....

Monday, August 30, 2010

Ramadhan yang semakin hampir ke penghujung...

Bila ku renung tidak banyak ibadat yang dapat ku lakukan di ramadhan kali ini. Aku pun tak tahu kenapa kemalasan untuk semua perkara hampir ke peringkat kritikal. Tapi itulah...semoga Allah masih mengurniakan aku usia untuk esok hari. Sejak sembuh dari demam Adib lebih banyak kerenah. Tak mahu dengan orang lain. Balik saja dari rumah ummi aku harus hanya mengadap dia saja. Seketika aku tinggalkan pergi ke dapur dia dah menjerit menangis macam kena dera. Alahai anak omak. Mujur ler kali ini aku boleh makan masakan luar. Kalau tak pengsan nak fikir nak berbuka apa setiap hari dengan Adib hanya melepaskan aku 5 minit lagi nak pukul 6 setiap hari.

Terasa kehilangan ramadhan kali ini walaupun baru seorang anakku melangkah keluar dari rumah. Setiap tahun dah terbiasa berbuka dengan 3 anak bujangku yang dewasa. Tapi itulah hakikat yang harus aku terima walaupun pahit. Mereka semakin menghampiri penghidupan mereka sendiri. Bila ini terjadi lebih terasa bagi kami yang punya ramai anak. Selama ini rumah riuh dengan kerenah masing2, satu ketika nanti sepi dengan aku bakal di temani bayang2 semalam mereka. Kalau dulu ibu dan bapaku tidak berapa terasa kesunyian kerana anak mereka cuma 2 dan aku dari umurku 13 tahun telah mula merantau, tapi bagi mertuaku yang punya anak 12 amat ketara dan terasa kesunyian itu. Di mana anak2 yang selama ini di dodoi dan dijaga siang dan malam. Berapa kerat yang masih ingat untuk menziarahi ibu dan bapa yang rindu menanti di rumah.

Betul kata orang tua2, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Tapi 10 orang anak belum tentu dapat membahagiakan seorang ibu. Apakah alasan untuk kita tidak balik menjengok mereka walaupun untuk sebulan sekali. Terlalu sibukkah kita untuk meluangkan masa menatap muka ibu dan ayah yang membesarkan kita. Tidak rindukan kalian untuk mengucup pipi tua yang pernah bersengkang mata menjaga kita tatkala kita demam dan sakit. Jauh sangatkah tempat tinggal kita untuk duduk makan semeja di hari dan bulan mulia ini.

Walau apa pun...aku cuma mampu sekadar menjadi pemerhati dan pendengar kepada luahan rindu mereka. Semoga para anak2 yang lupa mereka masih punya ibu dan bapa hargailah mereka semasa mereka masih bernyawa. Berbudilah pada mereka ketika mereka masih boleh dihargai. Jangan tatkala nyawa telah meninggalkan jasad baru teringat mencari, apakah yang masih tinggal di saat itu. Cuma rasa rindu yang tak kesampaian.

Untuk mak dan ayah....along sayang mak dan ayah. InsyaAllah cuti sekolah yang akan tiba dalam masa 5 hari ini along dan anak2 akan menemani mak dan ayah berbuka dan bersahur.

Sunday, August 22, 2010

Selamat Hari Lebaran....



Lembaran semakin menghampiri....Ramadhan bulan penuh keberkatan bakal meninggalkan kita.....

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...