Thursday, February 11, 2016

Holiday Marathon....besday treats part 1

8 Feb 2016 ( Destinasi seterusnya )

Destinasi pertama hari ini ialah Teluk Intan. Pergi meninjau menara condong. Dah lama berhajat nak datang...kali nie encik Hubby tunaikan ( Muaaahhh sekali...) Lagi sekali biar gambar berbicara....

 Di menara condong....baru tahu sebenarnya menara tangki air :p

 Posing berlatar belakangkan menara

 Di papan penerangan menara...

 Di apit ngan bodyguard yg sado...

 Beratur nak naik ke atas...

 Amir's family....

 Along n azim...

Adib ngan along buat muka ganaz....kih kih kih

Masa lunch cuba cari udang galah tapi tak berjaya. Last2 gi layan siput sedut kat RNR sebelum naik jambatan sg Perak.

Destinasi kedua hari ini ialah Kuala Sepetang. Nak layan mee udang dan layan melihat kelip2. Booking boat dengan en Jufri. Bot gerak kul 7.30 ptg so kita orang layan Hutan Paya Bakau Eco Resort....( pstt....kira2 cam projek ambil gambar )

 Bergambar ngan azim sebelum mentelusuri paya bakau..

 Terasa macam masih berupaya manjat memanjat....kih kih kih

 hi hi hi....lagi posing atas akar paya bakau...

 Posing berlatarkan panorama...

 Lagi selfie ngan bodyguard...

 Ada chalet untuk mereka yg rasa nak overnight dalam hutan..

 Bincang apa tu ?....

 Azim wat gaya terbalik...

 Another gambar merpati 2 sejoli.....kih kih kih

 Lagi gaya Azfar posing atas akar

Uji kekuatan 1....Azfar

 Uji kekuatan 2...Azri

 Uji kekuatan 3....Azlan

 Lagi posing atas akar bakau...

 Hu hu hu....perasan gagah tapi macam nak jatuh :p

 Adib posing atas pangkal pokok ....

 Azim dan Azlan...

 Azri tolong Adib panjat...

 Adib tak puas hati nak cuba panjat sendiri....

 Ulat bulu yang cantik...

 Uji twin ketahanan diri...

 Merenung masa depan

 Lagi gambar merpati 2 sejoli

Aksi berdiri plak...

6 Februari datang lagi

Happy born day for me.....he he he

Pejam celik....pejam celik sekejap jer setahun tu berlalu.  Alhamdulillah Allah swt masih menganugerahkan masa untuk aku hargai sama ada bersama keluarga atau ruang masa untuk aku muhasabah diri menjadi hamba yang lebih sedar diri. Terima kasih juga atas anugerah Allah swt kasih sayang insan2 yang menyayangiku  mak dan ayah...adik...suamiku  dan anak2 permata hati bonda....tak lupa all my dear bff.

Dari malam lagi encik hubby dah tanya aku nak hadiah apa tahun nie. Aku hanya senyum dengan jari bersilang aku berharap holiday marathon hujung minggu ini dapat menjadi hadiah yang terbaik sepanjang 46 tahun hidupku.

Pagi 6hb aku dapat ciuman dan pelukan sorang2 dari permata hati bonda. Perancangan untuk keluar awal telah ditukar bergerak pukul 11 pagi ke destinasi 1 holiday marathon kami. Mana lagi kalau tak ke Sagil. Overnight semalam....anak2 bujang semua balik ke rumah bagi can mak dan ayah honeymoon ( hi hi hi kunun.....yg kecik 2 orang tu tinggal jadi bodyguard )

Biar gambar berbicara...

6 Feb 2016 ( Destinasi 1 - Sagil )

 Patutnya kurang sorang jer tapi ada yg nyorok belakang mak...

 First time mini  hiking lepas injured kaki naik Gunung Datuk....

 With my beloved hubby....

 Hubby layan anak2....

 Paling nikmat bila lepak kat air terjun duk bawah air yang mengalir...

 Ngan putera mahkota tue....hi hi hi

 Suka tengok anak2 makan dengan berselera...

 Gaya anggun besday girl....kih kih kih

 Lagi gambar ngan along Apai...

Ini dengan yang kecik plak...Adib Iqbal.

Lepak kat kolam puteri sampai kul 3.30 petang. Anak2 bujang nak bersiap2 balik Melaka semula. Isnin kami akan bergerak ke destinasi yang seterusnya. 

Day 2 ( 7 feb 2016 )

Balik Melaka....kemas barang untuk Holiday Marathon seterusnya. Malam ada dinner treats kat KR aeon Ayer Keroh

 Dah lama tak wat iklan ubat gigi....kih kih kih

Lengkap 5 orang permata hatiku....


Thursday, December 31, 2015


Sekejap sahaja dah abis setahun.....dan kini tahun baru datang lagi. Bila pandang belakang rupanya aku hanya tulis 5 post jer sepanjang 2015...hmmm. Tetapi 2015 ditutup dengan perkara paling indah. Aku berjaya menunaikan umrah seperti yang aku hajatkan walaupun aku hanya pergi dengan anakanda ku sorang.

2015 juga memperkenalkan aku dengan hobi baru. Basikal dan hiking. Aku berjaya daki gunung Datuk 3 kali each time lebih baik dari sebelum....

 Di puncak Gunung Datuk dengan putera sulung

Muka bangga dengan kejayaan sendiri



Kenangan paling istimewa dengan putra kedua

Hmmm.....nak rewind everything nantilah. Selamat Tahun Baru semua. Semoga tahun ini kita lebih diberkati dan dianugerahkan usia yang bermanfaat kearah redhaNYA.


Wednesday, November 18, 2015

Bila badai itu melanda.......

Bila badai itu melanda
Hati menjadi resah
Pilu menyapa diri
Titis air mengalir lembut
Mengiringi kesedihan hati....

Bila badai itu melanda
Ketenangan yang ku damba
PadaMu ku cari jati diri
Untukku terus gagah berdiri
Bersama Kau yang sentiasa di sisi

Tuesday, November 3, 2015

Happy Besday My Dear Hubby





Hadiah video khas untuk en. Hubby dari anakku Azfar bagi pihak adik2 yang lain. Hadirnya 3 November bererti sudah 27 tahun kita berkenalan....hmm..pantasnya masa berlalu.

Tahun ini mama hadiahkan abg dengan kasih sayang yang tidak bertepi dan 5 zuriat penyambung nama warisan abg semoga menjadi anak yg soleh dan penyejuk jiwa raga.


Thursday, March 5, 2015

Best friend forever.....


Kenangan bersama pasangan masing2.  Sekarang kami dah ada bff yg sehati sejiwa dalam outdoor aktiviti. Anak2 pun dah semakin mesra


Aksi anak2....


Aksi para mak bapak....kih kih kih

Gambar kenangan bersama

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...