Pejam celik sudah masuk hari ke-16 puasa. Azim pun berjaya berpuasa penuh walaupun ada harinya dia tersangat lembik ( main tak ingat...kih kih kih ). Tahun nie terasa kelainannya berpuasa. 2 bujang teruna dah masuk asrama. Nasib baik Azim tak secerewet Azri masa berbuka. Apa saja yang mak masak dia makan jer.
Minggu nie, minggu berbuka di rumah....anak2 semua balik....iskh pening plak nak fikir nak masak apa. Hari Jumaat dah masak kari ayam, ikan patin masak tempoyak, sayur dan tak lupa murtabak daging maggi. Suka tengok memasing makan bertambah2. Semalam menu tak berapa kena kot. Ikan terubuk bakar, lala goreng tomyam, jantung pisang masak dengan ikan masin dan tak lupa jejemput jagung jeragau. Hari nie menu paling simple....masak nasi lemak sambal udang, tapi ada order murtabak maggi dan makaroni cheeze...he he he....tunggu dan lihat jadi ker tak...
Dah nak masuk dapur....kul 5 dah nak gerak hntr memasing balik asrama....bye bye....
Saturday, August 4, 2012
Wednesday, August 1, 2012
Rindu.....
Special moment yang berjaya diambil oleh my dear son....thnx sayang. RINDUUUUU kat Encik Hubby...he hehe. Macam orang tgh hangat bercinta jer.....tapi yelah...bercinta sepanjang usia.
Thursday, July 26, 2012
Ramadhan datang lagi....1433 h...
Alhamdulillah aku diizinkan bertemu lagi bulan yang mulia ini. Banyak yg ingin ku laksanakan ramadhan ini....harap mampu aku realisasikan. Azim dah mula berpuasa...sudah masuk 6 hari ini. Semoga tahun ini Azim puasa penuh yer sayang.
Tahun ini semua sederhana.....habis sahaja ogos nanti anakku Azri akan menghadapi peperiksan PMRnya. Semoga Korie berjaya mencapai impian.
SELAMAT BERPUASA SEMUA.....
Tahun ini semua sederhana.....habis sahaja ogos nanti anakku Azri akan menghadapi peperiksan PMRnya. Semoga Korie berjaya mencapai impian.
SELAMAT BERPUASA SEMUA.....
Wednesday, July 18, 2012
Monday, May 28, 2012
The best 17th anniversary ever....
Tahun ini aku tak mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Kita tak mampu membaca hati orang lain, apa yang mampu kita buat ialah menggembirakan hati sendiri dan juga insan2 disekeliling kita yang kita sayangi. Dalam kepenatan baru hadir dari Gathering Santai STJ kami masih berpeluang solat berjemaah maghrib, membaca surah Yassin bersama, tahlil untuk aruah anakanda Muhammad Azam bin Amir dan diakhiri dengan solat Isya' berjemaah. Semua berjalan lancar....dinner hari tu pesanan dari Pizza Hut.
Paling bermakna hadiah dari anak2....mak dan ayah sayang kau org...
Paling bermakna hadiah dari anak2....mak dan ayah sayang kau org...
Saturday, May 19, 2012
Akhirnya...... :)
Akhirnya selepas 17 tahun berkhidmat aku merasa juga dianugerahkan " ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ". Terima kasih ya Allah akhirnya aku juga mendapat iktiraf antara guru yang cemerlang dalam tugas. Ramai rakan-rakan aku lebih awal mendapat anugerah.....nak buat mcm manakan keretapi ku lambat sikit. Aku tak perlu terasa hati.....ayahandaku sampai pencen pun tidak dianugerahkan khidmat cemerlang tapi beliau terus bertugas dengan penuh dedikasi. Ramai anak didiknya berjaya dalam hidup dan karier. Terima kasih buat mak dan ayah yang sentiasa percaya Along boleh....terima kasih abg kerana sentiasa bersama mama, terima kasih anak2 mak kerana sentiasa bersama dalam susah dan senang mak. Sayang semua....
Wednesday, May 16, 2012
Selamat Hari Guru....
Satu lagu yang menyentuh rasaku.....
Tadi masa persembahan murid pun airmataku mengalir masa rakanku menyanyikan lagu anuar zain sedetik lebih bersama anak2 didik kami. Hmm...so touching. Dah tua kot, so deria rasa sensitif tu lebih sikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Just nak update
Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...
-
Torus Palatinus: Definition, Symptoms, Causes, Treatments, Pictures Torus palatinus is a medical finding that is associated with ab...
-
Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...
-
Bila ku renung tidak banyak ibadat yang dapat ku lakukan di ramadhan kali ini. Aku pun tak tahu kenapa kemalasan untuk semua perkara hampir ...
