Monday, May 17, 2010

Bila rindu itu datang...




Bila rindu itu
datang menyapa
selembut bayu menerjah
halus mengulik
wajahmu berlegar
di ruang kalbu
mengisi...memenuhi setiap
ruang zarah yg kosong
Bila rindu itu
datang menyapa
ruh ku bergerak mencari
setiap sudut
jasadmu berdiri
dan rindu itu
hanya untuk mu sayangku.

Monday, March 1, 2010

Family Outing.....

Tarikh Maulidurrasul kali ini memberi impak yang besar dalam diriku dan perhubungan kami. Semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. Lama aku tak melihat senyuman dari hati suamiku....di bawah ini antara gambar2 yang dekat di hatiku yang ingin aku kongsikan bersama. I love u so much sayang......










Tuesday, February 16, 2010

Menghayati dugaan untuk merasai nikmat....

Terlalu dalam kata-kata ini untuk aku rungkaikan begitu sahaja. Tapi itulah kemanisan yang aku perolehi hari ini bila aku berserah 100% ruh dan jasadku kepada empunyaNYA. Semalam di saat aku mengharungi fasa paling sukar dalam hidup, aku melarikan diri di masjid MITC untuk bermeditasi. Hanya 2 anak kecilku yang menemaniku hampir 3 jam aku di situ. Terlalu kerdil aku..terlalu Agung DIA. Aku menangis sungguh2 di tikar sejadah mencari sebuah erti seorang hamba. Siapa aku tanpa kasih sayangNYA. DIA yang menduga aku..DIA juga yang akan melindungi aku dari segala kelukaan. Bukankah DIA sudah berjanji bahawa kemanisan menanti untuk hamba yang pasrah dan yakin pada ketentuan yang ditakdirkan.

Hari ini aku nak share something....he he he...my luck up to 100% jangan mare...

Sunday, February 7, 2010

Harilahir ku yg ke-40

Sekejap betul masa berlalu...tak terasa Sabtu lepas usiaku dah menjangkau 40 tahun. Terlalu banyak liku yang aku tempohi.....alhamdulillah DIA sentiasa bersamaku mengharungi semua itu. Terima kasih ya ALLAH atas kasih sayang dan rahmatMU. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh terdekat ini, seperti pertemuan semula dengan rakan2 sekolahku yang 23 tahun tak bertemu muka. Banyak muka yang terlalu berubah terutama kawan2ku yang lelaki. Terasa seperti semalam kami bercakaran seperti anak2 kecil.


Aku dan Adib....semakin membesar buah hati aku nie





Masa harilahir ku tempohari kebetulan kereta baru kami keluar....so kiranya aku dapat hadiah kereta ler.....he he he. Terima kasih sayang kerana ke prihatinan abang pada kami. Bukan apa sejak Adib ada nie Citra tu dah tak muat. Ada sekali balik dari KL, Azim kena tidur atas abg2nya. Nasib baik masa tu mood masing2 ok.
So kat bawah nie gambar keta baruku but kaler dia dark gray....

Wednesday, December 9, 2009

Mutiara Kata...



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Note :

Mutiara kata yang ku kumpulkan ini banyak menyentuh rasa kawan2 yang membaca....so enjoy urself okay....

Tuesday, December 8, 2009

Hati dan perasaan



Hati dan perasaan adalah kurniaan dan anugerah daripada ALLAH kepada setiap insan di dunia ini. Ianya mestilah dipupuk dan di belai mengikut lunas-lunas landasan syariah. Jika tidak pastilah ianya akan bercelaru. Dalam kehidupan sudah pasti pelbagai ujian dan dugaan akan berlaku. Persoalan di sini bagaimanakah kita menghasilkan ‘pedoman’ di dalam hidup kita.

Pelbagai hikmah dan pengajaran berlaku apabila timbulnya persoalan hati dan perasaan. Yang penting adalah samada kita bersyukur atau tidak dengan setiap apa yang berlaku kepada kita. Janganlah kerana masalah yang timbul membuatkan hati dan perasaan kita terluka dan kecewa dengan keadaan. Sesungguhnya apa jua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Saturday, December 5, 2009

Hadiah untuk diri sendiri.....





Semalam sementara menunggu anak bujangku yang tua selesai persembahan gong besarnya kami merayau2 mencuci mata kat PIKOM PC Fair. Dalam pada niat nak cuci mata entah macam mana tersambar juga aku dengan kamera olympus FE 5020. Dalam impianku padahal ialah canon powershot SX200IS tapi ia tinggal impian sahaja. Anyway aku happy dengan pilihanku....bukankah bukan semua impian kita menjadi kenyataankan.....

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...