Saturday, November 14, 2009

Latest target yang kena dicapai.....



Jangan sampai menangis atas penimbang



Cuba timbang atas laptop



Gunalah penimbang yang betul



Kesimpulannya kenalah diet....he he he


Tadi aku baru timbang berat badan aku....last sekali timbang masa sebelum bersalin hari tu 98.5kg, tadi bila aku timbang baru turun 90kg selepas bersalin 20 hari. Berat adib ari tu baru 2.7kg campur uri, campur air ketuban maybe total 5kg, so selama 20 hari nie aku hanya berjaya turunkan berat aku sebanyak 3.5kg jer. Alahai jauhnya lagi nak capai 80kg....mampu ker aku capai sehingga 31 Disember ini ? Apa2 pun yakin boleh....benda yang lagi payah pun aku leh handle inikan benda yang berkisar ngan diri sendiri yer tak....kalau sendiri tak kuat semangat sapa lagi yang boleh tolong....he he he.

Anak2 mak semua doakan mak berjaya mencapai target yang terkini ini ya...yang pasti bila masuk sekolah semula nanti mak nak pakai baju kebaya mak semula...

Adib 20 hari...



Adib tengah lena beradu...



Permata hatiku yang terakhir....



Azim dan Adib....terasa begitu halus si Adib

Merenung si Adib tidak terasa 9 bulan yang berlalu begitu pantas. Hanya selepas 3 bulan Adib berada dalam kandunganku aku baru sedar aku telah mengandung. Kehadiran Adib yang tidak ku jangka membawa banyak perubahan dalam perjalanan hidupku. Kadang kala kita tidak dapat melaksanakan apa yang kita rancang terutama bila DIA berada di atas segalanya. Kehadiran cahaya mata ku yang terakhir ini menjadi titik tolak dalam perjalanan ku dalam menempuh hari mendatang. Semoga hari depan menjanjikan sesuatu untuk aku pertaruhkan....

Friday, November 6, 2009

Muhammad Adib Iqbal.....



Dlm kamar bersalin....sebelum berjuang berhempas pulas...



Adib baru keluar dari Intensif Care Unit..



Adib 2 jam selepas dilahirkan



Yahoo...merdeka dari segala wayar yang berselirat.



Baru sampai rumah nenek melaka...



Menghirup udara baru kat rumah nenek...



Kena kerumun dengan abang2...



Lenanya tidur sayang...



Adib dengan mak...



Adib dengan abang chik



Abg Uda dengan Adib.

Sambutan dari kejauhan....



Birthday Cake....ok ler, walau tak secanggih mana.



Senyuman hubby mendamaikan hati...



Wakil2 tengah menjamu selera...



Thnx dik....berjaya juga awak merealisasikan impian kakak awak..

Hasil dari bantuan adikku Maz, aku dapat meraikan harilahir suamiku dari kejauhan...atleast something. Walaupun saat dan tika itu aku tiada di sisi. Semoga hari esok semakin merapatkan kita....

Monday, November 2, 2009

Selamat Harilahir Sayang.....



Bunga Ros khas buat mu sayangku dari kejauhan ini.....

Selamat harilahir sayang.....maaf mama terkekang untuk berada di sisi untuk menyambut harilahir sayang tahun ini. Semoga dengan kehadiran hari ini semakin memberi cahaya kegembiraan buat abang.....Love u sayang....

Perhubungan yang bermula pada 3 November 1989 dulu hari ini telah mencapai 20 tahun. Terasa begitu pantas masa berlalu....banyak perkara yang kami lalui sepanjang tempoh itu. Hanya dengan anugerah kasih sayang yang tidak bertepi dari DIA yang Maha Esa ikatan itu masih kekal utuh hingga ke saat ini. Tiada apa yang dapat ku janji pada mu sayang.....cuma doa agar cinta kasih sayang yang tersemi antara kita mampu kekal selagi hayat dikandung badan dan kita dapat membesarkan 5 putera yang diamanahkan oleh Allah swt kepada kita sesempurna mungkin.

Sunday, November 1, 2009

Baru dan lama....satu ikatan....



New born member of family



Ahli lama yang sedia ada dengan ayahnya



Mak n ayah....


Tanggal 26 Oktober begitu bermakna dalam perkahwinan kami dan juga sistem kekeluargaanku, dua perkara besar yang berlaku pada tarikh ini.....kelahiran dan kematian. Tepat pukul 10.30 mak saudaraku telah pergi menyahut panggilan ilahi, manakala petang itu tepat pukul 5 aku melahirkan seorang putera seberat 2.7kg. Itulah putaran kehidupan....bila kala satu jasad pergi mengadap ilahi satu ruh diturunkan ke bumi untuk menggantikannya....

Semoga makwo dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang2 yang beriman....

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...