Tuesday, November 12, 2013

Demi masa...



Sekejap betul masa berlalu. Aku sudah berada pada minggu terakhir persekolahan. 2 hari lagi keputusan UPSR akan keluar. Melihat sejauh mana perancangan yang aku buat membuahkan hasil. Banyak betul dugaan yang perlu ku harungi tahun ini...tapi alhamdulillah dengan kasih sayang Allah swt ramai kawan2ku tidak lokek menghulur tangan membantuku.

Terlalu banyak suka duka...tapi lagi sekali berkat kasih sayang Allah swt yang tidak pernah membiarkan aku keseorangan. Sentiasa ada dalam suka dan dukaku....menemani dalam saat aku begitu terasa keseorangan. Huluran tangan mereka2 yg penuh kasih sayang sentiasa ada disekelilingku......Allahhuakbar...


Thursday, September 12, 2013

Keturunan 25 rasul....

Hari ini jumpa salasilah 25 rasul.....semoga dapat aku manfaatkan kemudian hari.



Senarai 25 RASUL pilihan:,,,,,,,,. 

1.Nabi Adam Alaihissalaam.
Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.

2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.

3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.

4. Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.


5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.

7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.


8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.

 9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.

10 Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.


11. Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

12. Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.


13 Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.

14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.

15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.

16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.

17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam puteranya Nabi Sulaiman

18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.

20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.

21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).

22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.

23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.


25. Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.

Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:

1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam

Monday, September 9, 2013

Me n permata hati...

 Me n my eldest....azfar

Dengan Azri.....alahai mata anak mak pejam plak....

 Bersama bujang yang paling tinggi.....Azlan

 Dengan Azim sayang....mak still tinggi lagi buat masa sekarang :P

Bersama suami tersayang dan Adib Iqbal....

Monday, August 12, 2013

Raya Puasa 2013 di Gemas

Hari raya 2013 yang penuh makna. Tak tahu sama ada kami dapat meraikan hari raya yang serupa pada tahun hadapan. Semuanya berkemungkinan...semoga Allah swt masih menganugerahkan peluang untuk aku beraya dengan semua ahli keluargaku di tahun hadapan.
Bersama Azlan dan Azri

Dengan generasi pertama...

Semua ahli Amir Ayup

Gambar kenangan bersama mak dan ayah serta adik

Nenek dan cucu


 Gambar ngan en HuBby

 Bergambar dengan bonda tersayang

 Adik dan mak

 With my one and only sis

 Adib salam nenek

 Giliran Azim

 Lagi gambar azim...

Azri dan nenek

Azfar dan nenek


Azlan dan nenek





Sunday, August 4, 2013

Syawal datang lagi....




Ini koleksi gambar2 keluarga untuk kad raya mayaku :

2010


2011
TAK JUMPA GAMBAR....ENTAH KAT MANA LETAK


2012



Yang latest but not least....


Semoga aku dan keluarga dianugerahkan kebahagiaan dunia dan akhirat......diberi kesihatan yang baik. Rezeki yang melimpah ruah dan boleh dikongsikan dengan orang lain semoga lebih diberkati.



Monday, July 1, 2013

Dalam ingatan

..... HIDUP ini susah nak DUGA..... kadang kala kita rase DEKAT dengan SESEORANG tu. tapi sebenarnya JAUH. walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia, belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI, mungkin kita boleh buat dia KETAWA tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA.....
.... Bila dia MENANGIS, kita sangka kita dapat MEMUJUKNYA.... walhal KEHADIRAN kita LANGSUNG TAK DISENANGI. rencah dunia, kita takkan tahu siapa KAWAN dan LAWAN sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR adakah tangan DIHULURKAN atau kita DITINGGALKAN......




Apa saja dugaan yang datang....sentiasa yakin bila kita mengasihi dia kerana Allah swt hati kembali akan tenang dan bersedia untuk menghadapi apa saja yang telah ditakdirkan.

Anyway still rasa kecil hati bila wajah yang sentiasa diucapkan sayang sedikit pun tak rela dipandang.

Tuesday, May 28, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-18....sayang.




Kepada suamiku tersayang,

Isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah dan isteri-isteri Rasulullah SAW serta para sahabat.

Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lantaran itu, kata-kata yang mengguris perasaan  selalu terluah dek tak tertahan dugaan yang kadangkala datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku. Kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga.

Wahai suamiku..

Di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 18 ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita.


Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…





Monday, May 20, 2013

Something to think.....

* IF ...

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise;

If you can dream–and not make dreams your master;
If you can think–and not make thoughts your aim,
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build ‘em up with worn-out tools;

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings,
And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: “Hold on!”

If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with Kings–nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And–which is more–you’ll be YOURSELF



Thursday, April 18, 2013

Something to think...


Bila kita mencari jawapan pada sesuatu perkara sedangkan jawapan itu berada dalam diri kita.  Allah swt lah sebaik-baik pelindung untuk kita dan yang sentiasa ada masa susah dan senang kita.

Tuesday, April 2, 2013

Jejak kasih


Ini adalah keluarga aruah Along, abang angkatku semasa belajar di Uitm Dungun.  Terlalu pantas masa berlalu. Masa aku belajar dulu anak along yang tua Saddiqin dan Nor yang paling rapat denganku. Ketika itu Saddiqin baru besar Adib dan Nor baru pandai berjalan. Just imagine aku dukung nor untuk pergi ke pekan dungun yang jauh 3 km dari rumah derang. He he he...masa tu gagah lagi. Alhamdulillah walau Along sudah tiada bersama kami ikatan itu masih tetap kukuh dan anak2ku juga selesa dengan keluarga alongku.

Another abang angkat ku semasa di Uitm dulu ialah angah Sham....walaupun dia anak yang tua, tapi kadangkala mie pun terikut panggil Pok Chang "angah"....he hehe. Terasa mereka ini sungguh bererti dan paling penting my dear hubby turut menerima kehadiran mereka dalam perjalanan hidupku. Rugi tak sempat bergambar ngan ummi dan abah. Entah aku berkesempatan jumpa mereka lagi atau tak.

Wednesday, February 6, 2013

Happy birthday 2 me

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah..Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku....dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu...

Engkau tetap menerimaku walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu....Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu kepada siapa lagi harus ku mengadu ? Aku tidak pernah menyesal kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran ...ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh dari kesesatan itu.

Dalam usiaku yang begini....aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini....aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin sekali sentiasa dekat denganMu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin....pimpinlah tangan hambaMu ini....pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al-Quddus sebagai hambaMu yang hina dina ini aku takkan mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Yang Maha Besar...peliharalah aku agar berpegang terus pada taliMu. Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.


 Lovely gift from En Hubby....thnx sayang

 Besday lady ngan bunga....

Me n beloved hubby

Monday, January 21, 2013

Antara hari2 yang indah....



Makna satu sentuhan

Kadangkala kita tak semestinya bersentuhan untuk merasa. Satu ucapan....satu tindakan...satu gerakan boleh menggambarkan berlakunya sentuhan. Itu semua adalah sentuhan rasa. Hari ini Allah menganugerahkan satu kebahagian menjadi seorang  pendidik. Sudah masuk 3 minggu seorang anak muridku dari kelas akhir hari ini mengekor aku di kelas.  Dia paling pendiam. Semua guru yang masuk ke kelasnya memberi komen dia seperti tiada reaksi.  Denganku pun tidak ketinggalan. Tapi bila dia melihat aku memandangnya sudah tentu dia menghadiahkan satu senyuman manis. Hari ini aku berada di kelas tahun 4. Murid-muridku mengadu Adam berada di luar pintu memerhatikan aku. Mulanya aku biarkan sebab aku masih dalam proses penerangan bersama pelajarku. Selepas aku memberi mereka tugasan Adam masih terus berada di tepi pintu memerhatikan aku dengan senyuman. Aku memanggilnya masuk. Aku menawarkan kerusi kosong dan meletakkannya di sebelahku. Adam memberi respon yang begitu menyentuh rasaku. Dengan senyum lebar dia masuk dan duduk di sebelahku. Semasa anak muridku datang bertanyakan sesuatu aku lihat Adam bergerak keluar. Aku sangka dia sudah mahu balik. Rupanya dia datang semula dengan kertas dan pensel. Melihat aku seperti memberi tandatanya....dia terus memberitahuku dia nak menulis namanya pada kertas itu. Bila aku memintanya membuat operasi tambah yang mudah dia mengangguk dengan malu-malu.

Sedang Adam mula menjawab soalan yang kedua....terdengar suara kecoh di luar kelasku.  Rupanya ayah Adam sudah puas mencari dia di merata tempat.  Aduhai....jangan ler ayah dia tuduh aku menahan anaknya.Tapi tak mengapa....aku ada 36 orang saksi yang Adam datang untuk bersamaku. Bukan aku yang memanggil dia. Bila melihat muka polos dia....bagaimana dia memandangku semangat aku untuk mendidik anak bangsa kembali meluap. Mendidik dengan kasih sayang lebih memberi makna dari mendidik sekadar mendidik. Satu rasa nikmat yang tak mampu diungkapkan dengan tindakan Adam hari ini. Terima kasih sayang....mengingatkan gurumu ini mengajar itu tak semestinya mengikut sylibus sahaja....kadang kala dengan sentuhan kasih sayang lebih memberi makna seperti mana 16 tahun dulu seorang anak murid kelas pemulihan berjaya dapat A dalam matematiknya kerana dia amat sukakan aku.  Juga bagaimana seorang anak muridku dari kelas akhir datang padaku dengan bangga di hentian Senawang mempamerkan lori bergerak miliknya. Kata2 tulus terima kasih cikgu dari mereka ini sungguh memberi makna yg besar dalam kerjaya dan hidupku.

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SENTUHAN KECIL YANG KAU ANUGERAHKAN PADAKU....







Thursday, January 10, 2013

You and I...


Scorpions - You and I

I lose control because of you babe
I lose control when you look at me like this
There's something in your eyes that is saying tonight
I'm not a child anymore, life has opened the door
To a new exciting life

I lose control when I'm close to you babe
I lose control don't look at me like this
There's something in your eyes, is this love at first sight
Like a flower that grows, life just wants you to know
All the secrets of life

It's all written down in your lifelines
It's written down inside your heart

You and I just have a dream
To find our love a place, where we can hide away
You and I were just made
To love each other now, forever and a day

I lose control because of you babe
I lose control don't look at me like this
There's something in your eyes that is saying tonight
I'm so curious for more just like never before
In my innocent life

It's all written down in your lifelines
It's written down inside your heart

You and I just have a dream
To find our love a place, where we can hide away
You and I were just made
To love each other now, forever and a day

Time stands still when the days of innocence
Are falling for the night
I love you girl I always will
I swear I'm there for you
Till the day I die

You and I just have a dream
To find our love a place, where we can hide away
You and I were just made
To love each other now, forever and a day

Monday, January 7, 2013

Selamat datang 2013

Diam tak diam dah 7 hari kita meninggalkan 2012. Sekejap sahaja masa berlalu. Penghujung 2012 haritu kami sempat bercuti ke Lost World of Tambun dan ke Gua Tempurung. Walaupun cuma cuti hujung minggu ia masih lagi satu percutian yang bermakna. Layan gambar2 kenangan.....

 Tengah posing ayu gituuu...

 Posing ngan putra4 dan putra5

 Topi musang dah simpan....

 Merpati 2 sejoli....ehem3x..

 Lagi posing ala ayu2 gitu...

 Bergambar ngan putra3

 Posing depan pintu masuk gua

 Posing betul2 depan pintu masuk

Bergambar dengan Putra1....cameraman 4 the day...

 Bergambar ngan second generation.....

 Lagi gambar merpati dua sejoli.....kih kih kih

 Posing ala2 ayu lagi....

 Posing depan pintu masuk Lost World

Bergambar dengan anak harimau....he hehe

Semoga kehadiran 2013 bertambah memberi kebahagian kepada kami sekeluarga dunia dan akhirat.  Sentiasa tabah menghadapi segala ujian. Selalu berbaik sangka dan komunikasi menjadi sesuatu yang kemestian supaya apa yang kita harapkan...impikan sampai ke pihak kedua.

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...