Tuesday, December 11, 2012

Family Holiday 2012

Tahun nie hujung tahun yg busy untuk en Hubby. So takde pergi mana2 yang jauh.  Bila anak2 dah bising tak pergi mana2. Kami buat plan mengejut pergi Sagil. Dah hampir 4 tahun kami tak stay kat sini atau dengan kata lain tak datang sini.  Tak banyak perubahan but still enjoying ourselves.

Gambar kenangan kat Kolam Puteri

Azlan buat gaya lompat terbang...

Tangan azim dengan ulat gonggok gergasi...

En Hubby ngan anak sulungnya...

Me and Adib

Anak manja mak...Azim

Posing tak tahannn....he hehe

Adib jadi gol keeper.....

En Hubby dengan anak2 bujangnya

Last but not the least gambar merpati 2 sejoli....sempat ambil gambar berdua. Luv u my dear.  Semoga kita sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang oleh Allah swt.  Sesungguhnya kasih itu milik Dia yang dipinjamkan kepada kita...







Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah....


Sekejap sahaja masa berlalu....kalau kita masih dengan cara lama kita akan ketinggalan.  Semoga dengan kehadiran Maal Hijrah tahun ini kita mampu berhijrah menjadi hambaNya yang lebih baik dan sentiasa bersyukur dengan apa saja perjalanan yang diuntukkan pada kita.


Monday, October 29, 2012

 You give me your smile
A piece of your heart
You give me the feel I've been looking for
You give me your soul
Your innocent love
You are the one I've been waiting for
I've been waiting for

When you came into my life
It took my breath away
Cause your love has found it's way
To my heart

You make me dream
By the look in your eyes
You give me the feel, I've been longing for
I wanna give you my soul
All my life
Cause you are the one I've been waiting for
I've been waiting for so long

When you came into my life
It took my breath away
And the world stopped turnin' round
For your love
When you came into my life
It took my breath away
Cause your love has found it's way
To my heart
Into my heart

Just forever in love

When you came into my life
It took my breath away
And the world stopped turnin' round
For your love
When you came into my life
It took my breath away
Cause your love has found it's way
To my heart
When you came into my life

When you came into my life
It took my breath away
And the world stopped turnin' round


For your love
When you came into my life
It took my breath away
Cause your love has found it's way
To my heart ...


Wednesday, October 10, 2012

Sometimes.....

A moment of happiness,
you and I sitting on the verandah,
apparently two, but one in soul, you and I.
We feel the flowing water of life here,
you and I, with the garden's beauty
and the birds singing.
The stars will be watching us,
and we will show them
what it is to be a thin crescent moon.
You and I unselfed, will be together,
indifferent to idle speculation, you and I.
The parrots of heaven will be cracking sugar
as we laugh together, you and I.
In one form upon this earth,
and in another form in a timeless sweet land. 





Thursday, September 20, 2012

Bila rindu....


Cinta Tanpa Syarat

Kekasihku....... 
Jika kita ditengah badai musibah
dan kau masih berdiri tegak disampingku,
aku percaya tegakmu bagai batu karang adalah karena Allah

Kekasihku......
 
Jika aku masih merasakan teduhnya
senyummu digelapnya penglihatanku,
aku percaya Allah meminjamkan cahaya itu dihatiku

Kekasihku.......
 
Jika aku masih dapat berbuat apa saja,
dan untuk siapa saja diketerbatasanku,
semata-mata karena aku ingin bersyukur diberi teman hidup 
sepertimu

Kekasihku......
 
Gelapnya dunai tak seberapa dibanding
terangnya rumah kita "disana"
yang entah siapa yang lebih dulu sampai padaNya, aku atau kau......

Ahh, kekasihku......
 
aku baru paham ini yang dinamakan cinta,
cinta tanpa syarat.......
sampai akhirat.......



Karya Ratih Sang 

Istimewa untuk En Hubby yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.....he he he

Sunday, September 16, 2012

Santai...

Jumaat lepas layan anak2 mandi laut...hmm...dah lama aku tak mandi laut. Mula tu azfar tak plan nak mandi, yelah perut baru jer kena belah...tapi bila tengok ayah dia buat kuak lentang yang bergaya langsung dia pun terjun sekali.

 Gambar sebelum masuk laut....

 Layan adib dan azim

 Kenangan dengan En Hubby...

Isi perut sebelum balik..

Monday, September 10, 2012

Updated news....

Minggu nie anak2 kecilku ada aktiviti baru dengan En Hubby. Pagi2 lagi memasing dah buat acara jungle tracking kat belakang rumah. Adib bukan main gagah lagi....takde minta dukung pun ngan ayahnya. Kat bawah nie ada beberapa gambar derang untuk kenangan...

 Gambar kenangan atas puncak bukit...

 Posing sebelum bergerak balik

Berjalan dengan gagah pulang ke rumah

Sebelah petang lagi sekali derang ajak Mr Hubby pergi jungle tracking lagi. Bukan main teruja anak2 mak. Derang balik jer aku plak yg kelam kabut hantar Azfar pi hospital. Kalau boleh tahan sure dia nak pi tadi ngan Mr Hubby pergi buat full check. Tapi dah tak tahan sangat kena ler mak dia hantarkan. Mr Hubby offer jaga yang kecil kat rumah.

Dekat sejam juga menunggu, sudahnya si Azfar kena tahan wad. Suspek apendik....masa nak ambil darah Azfar dah buat muka kelam kelat....( kih kih kih penakut juga anak jantan mak nie ). Terperanjat ambil darah kot langsung hilang sakit perut.

Gambar orang boring kena tahan kat hospital....

Malam nie masih kena tahan lagi....semoga esok dah boleh kuar. Sayang semua anak2 mak dan tak lupa Mr Hubby juga.


Sunday, August 26, 2012

Open house tergempar...


Tahun nie tergempar jer buat open house. Hari khamis tu aku tumbang juga sudahnya. Sib baik anak2 bujang semua boleh harap....si adib pun sama sibuk check suhu mak dia. Tak banyak kerenah dia tengok mak dah berkelubung dalam selimut tebal lepas makan ubat. Orang yang jarang tumbang bila sekali tumbang tetahu jer lah. Malam tu dah ada kebah sikit si azfar cakap ada kawan dia nak datang lepas solat Jumaat.  Alahai larat ker aku. 

Pagi tu bangun solat subuh rasa ada tenaga sikit.En Hubby pun dah OTW balik ke melaka. Bila bincang2 langsung buat jamuan kecil untuk family hubby. Masak paling simple....mee kari, sambal udang dan ketupat.  Okay ler kan masakan orang sakit. Abis masak pukul 5, suma anak bujang kena kerahan tenaga...terima kasih sayang. Di bawah ini disertakan sekali gambar untuk kenang-kenangan.

 
Bergambar ngan en. Hubby sementara tunggu tetamu.....

 Aksi hubby masa anak dia ambil gambar

 Pergh...tak tahan tengok gaya adib

 Tetamu tgh menjamu selera

 Group yang pertama dah selesai makan

 Tetamu terakhir baru nak menjamu selera

 Kopek jangan tak kopek udang tu...

 Gaya manja mak itey

 Kak ngah dengan gaya manja...

 mak itam lepak ngan anak buah

Amlong anak beranak

 Tetamu pertama yang sampai...

Puas hati tengok tetamu berselera makan.

Wednesday, August 22, 2012

Raya Aidil Fitri 2012....


Gambar Raya 2012

Tahun nie takde gambar ngan family Gemas :(, nak buat macam mana bila ada banyak perkara berlaku diluar jangka. Kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Masih dapat beraya dengan keluarga Batu Anam tapi perancangan beraya ngan keluarga di Bangkahulu tidak dapat dilaksanakan. Nak buat macam mana....ajal maut di tangan Allah jua. Malam raya kedua abang Ridhuan sepupuku telah kembali ke rahmatullah. Gembira dapat hantar mak pi melawat dan balik tu bawa Mak Tua ke Gemencheh.  Semoga aku panjang umur dan makwo serta pak itam juga panjang umur untuk aku bersalaman di raya tahun hadapan.

Gambar kenangan ngan En. Hubby...

Jangan tidak kenangan anak2 bersalaman ngan nenek gemas dan gambar dengan Cikcu...

 Bergambar dengan Cikcu ( adik bungsu ayah ) dan mak

 Azfar malu2 kena cium dengan nenek...he he he

 Azlan pula cium nenek...

 Giliran Azim....

Last sekali si Adib...

Azri jer yang takde sebab sibuk layan mata.....alahai anak mak sorang tu.

Something to think...



Jadikan pengajaran dan sempadan....bukannya bila ada hati yang dilukai barulah merasa menyesal atas kata2 yang diluahkan. Hati yang telah terluka tak mungin kembali kepada asal....parut yang ditinggalkan adakala tetap merasa sakit sekali sekala.
Posted by Picasa

Monday, August 13, 2012

13 Ogos bersamaan 24 Ramadhan 1433H



Tinggal 6 hari sahaja lagi kita berada di bulan Ramadhan, telah berjayakah kita melaksanakan ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas..Adakah kita akan diberi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan 1434H tahun hadapan....

Anyway.....untuk semua keluarga dan rakan2 sekalian....Selamat Menyambut Hari Raya...



Tuesday, August 7, 2012

HmmHmmm.....he hehe



Semoga kau dan aku bersatu hingga akhirnya.....dengan izin Allah


Favourite picture oleh my dear son





Saturday, August 4, 2012

16 Ramadhan....2012

Pejam celik sudah masuk hari ke-16 puasa.  Azim pun berjaya berpuasa penuh walaupun ada harinya dia  tersangat lembik ( main tak ingat...kih kih kih ).  Tahun nie terasa kelainannya berpuasa. 2 bujang teruna dah masuk asrama. Nasib baik Azim tak secerewet Azri masa berbuka.  Apa saja yang mak masak dia makan jer.

Minggu nie, minggu berbuka di rumah....anak2 semua balik....iskh pening plak nak fikir nak masak apa. Hari Jumaat dah masak kari ayam, ikan patin masak tempoyak, sayur dan tak lupa murtabak daging maggi.  Suka tengok memasing makan bertambah2.  Semalam menu tak berapa kena kot. Ikan terubuk bakar, lala goreng tomyam, jantung pisang masak dengan ikan masin dan tak lupa jejemput jagung jeragau.  Hari nie menu paling simple....masak nasi lemak sambal udang, tapi ada order murtabak maggi dan makaroni cheeze...he he he....tunggu dan lihat jadi ker tak...

Dah nak masuk dapur....kul 5 dah nak gerak hntr memasing balik asrama....bye bye....

Wednesday, August 1, 2012

Rindu.....




Special moment yang berjaya diambil oleh my dear son....thnx sayang. RINDUUUUU kat Encik Hubby...he hehe. Macam orang tgh hangat bercinta jer.....tapi yelah...bercinta sepanjang usia.

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...