Monday, August 30, 2010

Ramadhan yang semakin hampir ke penghujung...

Bila ku renung tidak banyak ibadat yang dapat ku lakukan di ramadhan kali ini. Aku pun tak tahu kenapa kemalasan untuk semua perkara hampir ke peringkat kritikal. Tapi itulah...semoga Allah masih mengurniakan aku usia untuk esok hari. Sejak sembuh dari demam Adib lebih banyak kerenah. Tak mahu dengan orang lain. Balik saja dari rumah ummi aku harus hanya mengadap dia saja. Seketika aku tinggalkan pergi ke dapur dia dah menjerit menangis macam kena dera. Alahai anak omak. Mujur ler kali ini aku boleh makan masakan luar. Kalau tak pengsan nak fikir nak berbuka apa setiap hari dengan Adib hanya melepaskan aku 5 minit lagi nak pukul 6 setiap hari.

Terasa kehilangan ramadhan kali ini walaupun baru seorang anakku melangkah keluar dari rumah. Setiap tahun dah terbiasa berbuka dengan 3 anak bujangku yang dewasa. Tapi itulah hakikat yang harus aku terima walaupun pahit. Mereka semakin menghampiri penghidupan mereka sendiri. Bila ini terjadi lebih terasa bagi kami yang punya ramai anak. Selama ini rumah riuh dengan kerenah masing2, satu ketika nanti sepi dengan aku bakal di temani bayang2 semalam mereka. Kalau dulu ibu dan bapaku tidak berapa terasa kesunyian kerana anak mereka cuma 2 dan aku dari umurku 13 tahun telah mula merantau, tapi bagi mertuaku yang punya anak 12 amat ketara dan terasa kesunyian itu. Di mana anak2 yang selama ini di dodoi dan dijaga siang dan malam. Berapa kerat yang masih ingat untuk menziarahi ibu dan bapa yang rindu menanti di rumah.

Betul kata orang tua2, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Tapi 10 orang anak belum tentu dapat membahagiakan seorang ibu. Apakah alasan untuk kita tidak balik menjengok mereka walaupun untuk sebulan sekali. Terlalu sibukkah kita untuk meluangkan masa menatap muka ibu dan ayah yang membesarkan kita. Tidak rindukan kalian untuk mengucup pipi tua yang pernah bersengkang mata menjaga kita tatkala kita demam dan sakit. Jauh sangatkah tempat tinggal kita untuk duduk makan semeja di hari dan bulan mulia ini.

Walau apa pun...aku cuma mampu sekadar menjadi pemerhati dan pendengar kepada luahan rindu mereka. Semoga para anak2 yang lupa mereka masih punya ibu dan bapa hargailah mereka semasa mereka masih bernyawa. Berbudilah pada mereka ketika mereka masih boleh dihargai. Jangan tatkala nyawa telah meninggalkan jasad baru teringat mencari, apakah yang masih tinggal di saat itu. Cuma rasa rindu yang tak kesampaian.

Untuk mak dan ayah....along sayang mak dan ayah. InsyaAllah cuti sekolah yang akan tiba dalam masa 5 hari ini along dan anak2 akan menemani mak dan ayah berbuka dan bersahur.

Sunday, August 22, 2010

Selamat Hari Lebaran....



Lembaran semakin menghampiri....Ramadhan bulan penuh keberkatan bakal meninggalkan kita.....

Thursday, August 19, 2010

Adib masuk wad





Begitu banyak dugaan dalam membesarkan adib untuk setahun yang pertama ini. Walau pun begitu semoga anakku Adib terus memberikan keceriaan kepada kami sekeluarga.

SAYANG ANAK MAK !!!!

Friday, August 13, 2010

Ramadhan datang lagi....1431H/2010





Begitu pantas masa itu berlalu, sudah tiga tahun peristiwa yang menguji sejauh mana aku mengerti makna menjadi seorang insan yang harus pasrah pada ketentuan penciptanya. Terima kasih Ya Allah....aku masih berdiri teguh dengan KAU sentiasa di sisiku.

Just nak update

 Diam tak diam rupanya hampir 3 tahun aku tak tulis apa2 kat sini. Kejap betul masa berlalu. Diam tak diam tahun nie tahun terakhir aku berk...